Pengurusan dan Penggunaan Web Hosting

Subhanallah, kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku buat kali pertama. Namun biarkan ia membuat jadi pengalaman selama menguruskan sebuah syarikat web hosting baru sahaja tiga tahun. Terdapat beberapa akaun yang melebihi usage yang sepatutnya dan ia akan menjejaskan kestabilan server sesebuah hosting. Disini saya ingin membuat sedikit sahaja penerangan mengenai penggunakan pakej shared hosting dan keperluan dan hal-hal yang seharusnya perlu diambil berat untuk semua pemilik laman web, blog dan sebagainya.

Manusia sememangnya ingin yang terbaik untuk diri mereka.

Jika anda mengalami pengalaman yang pahit ketika melanggan sesuatu pakej web hosting, sudah pasti rasa kecewa dan rasa ingin mencari syarikat web hosting yang lain sebagai ganti. Kita mahu mencari yang terBAIK. Manusia sememangnya ingin yang terBAIK untuk diri mereka. Ketahuilah mana-mana syarikat pun ada kelemahannya. Dalam fasa pemilihan, penggunaan perkhidmatan web hosting ini ada beberapa hal yang perlu dititik beratkan. Pemilihan pakej web hosting. Tidak menjadi kesalahan mana-mana pihak yang menyediakan spesifikasi web hosting dengan menawarkan unlimited subdomain, database dan sebagainya untuk kelebihan pelanggan. Namun pelanggan perlu melihat kepada kadar penggunaan. Jika anda menggunakan dengan biasa sahaja sekadar perlu, iaitu tidak menggunakan banyak sumber capaian seperti penggunaan plugin yang terlalu banyak. Plugin yang perlu digunakan biasanya dalam purata sepuluh jenis sahaja dan ia tidak melebihi itu. Kata lain, plugin ini fungsi tambahan yang ditambah pada blog anda supaya ia dapat melakukan kerja tambahan dan memiliki anggota tambahan. Oleh itu ia melakukan banyak proses dalam satu masa yang sama. Secara logik akal, manusia pun penat buat banyak perkara dalam satu satu masa.

Hal ini kadang-kadang pelanggan tidak terfikir dan terlalu terikut dengan orang lain dan seharusnya hal ini tidak berlaku.

Selepas kejadian tidak diingini berlaku dan sudah pastinya anda ingin beralih pada web hosting provider yang lain bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Ada orang cakap, elakkan menggunakan provider yang sama dan host semua web kita sebab nanti satu server down semua laman web down. Lalu keputusan diambil untuk melanggan pada syarikat hosting yang lain. Ini sama sekali tidak benar. Anda mungkin boleh setia dengan provider yang sedia ada, cuma minta supaya dialihkan dan menggunakan pakej lain pada server yang lain. Ini kerana setiap web hosting provider memiliki lebih daripada satu dedicated server untuk pelanggan mereka. Mungkin dedicated server yang sekarang, mempunyai masalah, namun server yang lain ok dan stabil. Hal ini kadang-kadang pelanggan tidak terfikir dan terlalu terikut dengan orang lain dan seharusnya hal ini tidak berlaku.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply