Pengenalan Asas Website Syarikat, Website Corporate

Secara asasnya, website syarikat ataupun website corporat merupakan website yang mengandungi maklumat perkhidmatan, maklumat produk yang dipasarkan oleh sebuah syarikat.

Website seperti ini tidak mempunyai sistem seperti order, pembayaran online, dan payment gateway. Kerana website seperti ini hanya berikan penjelasan dan pengenalan kepada sesuatu produk dan servis yang ditawarkan pada sesebuah syarikat.

Selain itu, website jenis ini juga menceritakan latar belakang syarikat, tujuan penubuhan syarikat, misi dan visi syarikat kepada orang ramai menggunakan platform website hanya dengan mengakses menggunakan sambungan internet.

Website seperti ini sering digunakan oleh kebanyakkan syarikat kerana memiliki kelebihan seperti, memasukkan elemen multimedia seperti video, text, audio, dan gambar. Dengan ciri-ciri interaktif ini, pelawat website tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sesuatu produk ataupun servis yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat.

Harga dan kos upah pembinaan, rekabentuk dan penyelenggaraan adalah berbeza mengikut spesifikasi teknikal pada sesebuah website.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply