Pengalaman Kehidupan selepas berkahwin

Kehidupan selepas berkahwin adakah suatu Bala atau Rahmat dari Dia? Sangat perlu kekuatan rohani dan mental.


Hampir masuk sembilan bulan usia perkahwinan, sangat banyak cabaran terutama berbelanjaan. Dugaan pertama, syarikat tempat saya berkerja hadapi gangguan cashflow – kesannya gaji tidak dibayar dengan penuh dan lambat, juga bayaran KWSP ada tunggakan beberapa bulan. Terpaksa struggle selama enam bulan kerana wang simpanan telah habis dalam masa 2 bulan, buat sara kehidupan dan bayar kereta!

Perniagaan sendiri yang banyak membantu saya pada masa ini, itupun perlu kekuatan rohani dan mental bagi menguruskan diri sendiri dan isteri dalam masa yang sama. Hoho!

Alhamdulillah, masuk awal tahun 2016 saya dapat tawaran kerja dan dapat gaji pertama pada bulan March, dapat sepenuhnya bermula April. Apa yang saya uruskan dan merancang sekarang adalah, mula balik buat simpanan dan lihat pada perniagaan yang lebih stabil seperti jualbeli rumah dan hartanah.

Sebelum kahwin perlu ada rumah, dan kereta sendiri kerana ia satu keperluan untuk jangka masa panjang!

 

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply