Pengalaman berhenti kerja

Start tengah bulan dalam tahun 2015 dah terasa bahang kegawatan ekonomi dekat Malaysia nih.. cuma tak berapa nak terasa lagi sebab masa ni aku baru setahun lebih kerja makan gaji.. banyak benda aku kena belajar dalam selok belok hal sampailah ke tahap EPF, Socso.. bab bab duit ni..

Mood kali ni aku nak kongsikan berdasarkan experience aku nak tahu hint awal yang company tu ada financial problem dan bila korang dah tahu kenalah segera ambil tindakan.. janganlah sampai dah teruk sangat sampai korang tak boleh enjoy your life.. barulah terhegeh nak mencari.. maklumlah bila cari bukan terus dapat… kena tunggu panggilan interview satu hal.. terpilih untuk kerja pun satu hal.. ikut rezeki masing-masing..

First hint yang kita akan alami… gaji lambat masuk… jika masuk tak penuh… sama ada separuh atau lebih atau kurang… tapi sebelum sampai tahap gaji… dari pengalaman aku… bahagian KWSP yang tak masuk.. dalam setahun ada bulan yang dibayar dan ada yang tak.. ni kalau yang kerja dengan company swasta…

Dalam fasa ni… pihak company ataupun majikan korang akan berikan janji manis… dalam dua bulan akan datang akan ok balik dan sebagainya.. tapi kalau ikut pengalaman aku… lebih baik korang mulakan langkah awal cari tempat baru.. lainlah korang terlalu banyak saving atau masih bujang… kalau dah kahwin korang kena fikir nasib isteri… bukan fikir diri sendiri.. jangan jadi macam aku… lambat buat tindakan sebab aku kurang peka.. tapi ikut nilaian masing-masing sebab situasi setiap individu berbeza..

Masa fasa ni korang konfem tertekan sebab masalah duit… cara nak jimat senang je… korang bezakan keperluan dan kehendak… kalau korang belanjakan duit yang korang ada untuk benda-benda perlu… insyaAllah selamat… pandai-pandai koranglah macam mana nak kurangkan belanja bulanan..

Benda asas untuk hidup ni… makan.. pakai… tempat tinggal… sebab benda ni kalau korang tak ada boleh jejaskan life korang… tu jela asas money spending hidup ni..

Tujuan aku kongsikan pengalaman ni sebab bukan suruh berhenti terus jika company korang bermasalah.. tapi buat penilaian dan ambil tindakan sewajarnya… sebab bab duit dan kos sara hidup sekarang ni faham je la macam mana kan.. jangan sampai tak ada saving langsung!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply