Penantian dan Harapan..

Image Hosted by ImageShack.us

Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk menulis. Cerita ini berkaitan dengan seseorang yang ku kenali semanjak dibangku sekolah..kira-kira 3 tahun yang lepas.. iaitu semasa aku menetap di Selangor, Taman Jasmin Kajang..

Aku ingin bercerita tentang kisah silam ku..bermula semenjak tingkatan 3 Amanah.. bersekolah di SMK Taman Jasmin 2 Kajang Prima pada tahun 2005. Tahun ini merupakan tahun yang penting bagiku kerana tahun ini aku akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Hari pertama pertama aku menjejaki kesekolah ini aku rasa sangat gementar. Bermacam-macam perkara yang bermain dibenak fikiran ku.. Pada pagi itu aku melihat ramai pelajar yang mendaftar masuk kesekolah baik perempuan mahupun lelaki sama ramai. Aku terkial-kial mencari rakan sekelas pada tahun lepas.. tiba-tiba perasaan terasa aku terlupa akan seseorang yang pernah kukenali dahulu, tetapi aku cuba untuk mengingati namanya kembali..tetapi hanya wajahnya yang masih kuingati..sehinggalah sekarang.

Fikiranku bergelamun sebentar, sambil menanti giliran untuk mendaftarkan diri. Tiba-tiba secara tidak sengaja si dia muncul dihadapan dan disambut mesra oleh rakan sekelasnya pada tahun lepas..iaitu Nadia.. Secara tiba-tiba hati aku terdetikkan sesuatu, tapi aku tidak dapat meneka apakah perasaan ini.. Aku merasakan sangat gembira kerana si dia masih sekolah disini. Dalam fikiran sedang termenung tadi, tiba-tiba aku dikejutkan oleh rakan sekelasku pada tahun lepas. “Hai Nik!!, eh.. kau pun masih sekolah sini lagi ya tahun ni??”, kata nak pindah di Nilai tahun ni? kau tak jadi pindah ke??”.. aku masih bergelamun.. “hey Nik!, aku cakap dengan kau ni..kau dengar tak?? Ohh.. aku tahu..mesti kau masih fikirkan tentang dia kan Nik??.. “Eh.. siapa yang kau maksudkan Elham??”.. eleh, buat-buat tak tahu pulak dia.. ke buat-buat tak tahu ni? emm…??

“Eh!, betul la aku tak tahu!”.. alah kau ni si Siti R. tu la.. takkan tu pun tak ingat??”. Oh.. dia tu.. huhu..ada la ingat sikit-sikit.. “Kring!!!!!!!!!!”, akhirnya perbualan kami terhenti kerana loceng berbunyi petanda kena masuk kelas. Aku berjalan dan berjalan menuju ke kelas yang bakal ku duduki pada tahun ini.. Sedang sibuk aku mencari kelas yang ditetapkan, akhirnya jumpa juga..alhamdulillah.. Dengan selamba aku masuk kelas tu.. Secara tidak sengaja aku berjumpa dengan kawan lama ku semasa aku darjah dahulu. Aku acap kali bermain gasing bersama-sama. “Assalamualaikum!”, aku memberi salam.. “Wa’alaikumusalam”, dia menjawab kembali. “Eh! Hafiz, apa khabar kau? Lama tidak dengar cerita?”, aku sihat je..

Tiba-tiba secara tidak sengaja anak mata aku terlihat Siti R. datang ke kelas aku, iaitu kelas 3 Amanah..aku ada sikit terkejut.. “eh..dia pun sama kelas dengan aku ke?”. Beberapa minit kemudian Ustazah Sharifah masuk ke kelas aku, Ustazah Sharifah merupakan guru kelas aku pada tahun ini..dia mengajar kami subjek Matematik, cara dia mengajar amat mudah difahami oleh semua murid yang berguru dengannya. Tetapi kami masih belum mula belajar pada hari permulaan ini. Ini kerana kelas kami masih kekurangan guru. Dalam masa yang sama apabila aku terasa sedikit bosan, aku memandang Siti R. jarang-jarang. Aku suka melihat telatah dan gelagatnya apabila petah bercakap dengan kawan-kawan.

Image Hosted by ImageShack.us

Aku sebenarnya mula tertarik padanya semenjak tingkatan 1 lagi, iaitu dimana merupakan hari pertama pembukaan sekolah ini setelah 2 tahun mengambil masa untuk siapkan. Hari ini merupakan hari yang paling gembira bagiku, kerana Siti R. sama kelas dengan ku. Jika pada tahun yang lepas-lepas dia berada pada kelas yang lain. Loceng berbunyi menandakan masuknya waktu rehat bagi wilayah tingkatan 4 dan 5.

Hatiku terdetik seketika, aku sebenarnya sudah mengenali dirinya serba sedikit. Itupun melalui rakan-rakanku yang lain. Maklumlah masa ini aku mempunyai perasaan malu yang teramat sangat, sehingga apabila tibanya aku ingin menegur dia secara automatiknya mulut aku gagap untuk menyebut.. sedangkan apabila aku ingin bercakap dengan pelajar perempuan yang lain aku tidak mengalami perkara sebegini. Huh! pelik bukan? Aku pun terasa hairan, kenapa sampai jadi macam ini?.. Tetapi hari demi hari aku cuba juga untuk menegur dia, akhirnya berjaya juga..syukur alhamdulillah akhirnya aku diberi kekuatan untuk bertanya.

Aku sebenarnya menaruh sedikit harapan pada diri aku, jika aku panjang umur aku akan ditemukan kembali setelah sekian lama tidak mendengar khabar semenjak mengambil keputusan PMR. Sejak hari itu aku tidak bertemu dengannya sampai sekarang. Tetapi pada suatu hari aku pergi ke Pasaraya TESCO di Saujana Impian, sedang aku memilih barang untuk dibeli aku melihat dia ada membeli barang disitu bersama keluarganya. Memang tidak silap lagi, aku memang kenal benar cara dia mengenakan pakaian..iaitu hanya berpakaian tudung labuh melepasi paras bahu berwarna hitam, memakai baju lengan panjang besar berwarna merah dan seluar track sukan. Itulah dia Siti R. yang aku kenali, dia jauh berlainan dengan pelajar muslimah yang kukenali biasa..mempunyai peribadi yang mulia dan solehah..walaupun hanya sekolah di sekolah kebangsaan biasa tidak sekolah agama.

Aku sebenarnya sentiasa mendoakan dia moga dijauhi perkara yang tidak baik dan sentiasa bertaqwa kepada Allah s.w.t. Aku berharap aku akan bertemu kembali pada masa akan datang insyaAllah, jika dipanjangkan umur dan murah rezeki. Aku menyukainya kerana Allah s.w.t.. sebenarnya aku tidak berani ingin luahkan perasaan ini dihadapannya..kerana aku takut.. Sekarang ini aku dengar cerita dia sambung belajar ke Universiti Malaya mengambil kos Sains Sukan. Aku mendoakan mudah-mudahan dia akan berjaya didunia dan akhirat. Aku sentiasa meminta kepada Allah semoga suatu hari nanti aku akan sehidup semati dengannya.. tetapi buat masa ini aku ingin belajar lagi tentang agama.. supaya dapat mendidik dia menjadi Isteri yang solehah sambil mengabdikan dirinya kepada Allah yang Esa. Aku berjanji, Aku akan menanti kedatangannya… InsyaAllah..




Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

1 thought on “Penantian dan Harapan..”

Leave a Reply