Pemilihan Hosting Malaysia Terbaik 2012

Setiap cara pemilihan web hosting malaysia terbaik sangat berlainan mengikut individu tertentu. Ada yang menilai dari sudut maklum balas yang diberikan semasa membuat permintaan bantuan, ada juga yang menilai dari sudut tawaran harga yang diberikan dengan kualiti perkhidmatan yang disediakan.

Lihat? Bermacam-macam cara manusia menilai dan memilih sesuatu untuk kegunaan mereka dan banyak lagi cara lain yang ada diluarsana. Namun disini saya ingin kongsikan antara faktor terpenting yang mungkin dibuat rujukan pada masa hadapan apabila anda ingin melanggan ditempat lain.

Apabila melakukan carian pada search engine dengan keyword tertentu, sebagai contoh website hosting malaysia dan hit enter! Maka akan terpapar senarai laman web serta text yang berkaitan dengan keyword yang dimasukkan tadi.

Pandangan pertama, apabila mula akses website tersebut dan terpampang interface web yang diklik masuk tadi dan mula carian. Pertama kali masuk, lakukan whois pada domain website tersebut dan lihat pada tahun berapa ia mula didaftarkan. Bagi saya paling selesa pun pada tahun 2006 paling awal, sudah tentu lagi atas lagi bagus!

Seterusnya, cuba pilih mana packages yang berkenan dan buat order secara automatik akan terus ke shopping cart mereka. Lihat disitu ada SSL atau tidak? Jika ada SSL url akan terpapar seperti https:// dan tidak http://. Jika ada, ia bermaksud pemilik perkhidmatan tersebut mengutamakan keselamatan maklumat pelanggan mereka.

Seterusnya pula, buka search engine dan buat carian *nama company* review dan hit enter! Nama company tu masukkan mengikut company yang anda ingin buat survey tersebut. Keputusan dari carian itu, lihat keputusan dan mula selidik dengan teliti maklum balas pengguna yang sudah guna perkhidmatan mereka.

Kemudian, jika puas hati pada feedback tersebut. Cuba hantar email bertanya sesuatu yang berkaitan dan lihat bagaimana cara mereka menjawab soalan yang anda ajukan kepada mereka dan jarak masa anda menerima balasan (reply) dari mereka. Bawah 10 minit sudah dikira terbaik setakat ini.

Yang terakhir, untuk mengetahui lebih mendalam. Apabila anda sudah menjadi pelanggan mereka, dan suatu hari anda mengalami masalah teknikal yang agak sukar untuk diselesaikan, lihat berapa lama mereka selesaikan untuk anda, dan jawapan yang diberikan mereka kepada anda selama proses baik pulih berjalan. Contohnya, jangka masa keseluruhan selama 1 jam, sementara sampai 1 jam tersebut kakitangan bantuan diam sahaja dan sampai 1 jam baru berikan balasan atau setiap 10 minit ia akan beri balasan sehingga selesai 1 jam?

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply