Pemborong barangan runcit dari Kelantan

DSC_0246

Beberapa hari lepas saya sempat ke kedai rakan kolej saya Hisham atau orang panggil dia Hisee. Beliau ambil diploma jurusan pengurusan perniagaan di Kolej Teknologi Timur di Sepang. . Saya beri pengenalan ringkas sikit. he he. Okey, beliau baru sahaja buka kedai di kawasan perumahan seroja, sepang ni. Produk yang dijual dikedainya kebanyakkan barangan jenis runcit seperti sos cili, sos keropok, manisan untuk buat masak, produk minuman seperti Yusmira dan keropok lekor pun ada. . tapi masa saya pergi beberapa hari lepas sudah habis stok. Maaf, saya tak dapat nak huraikan lebih panjang lebar namun berikut saya sertakan sedikit gambar produk yang dijual dikedai beliau

Terdapat juga budu dari ketereh siap stok, mungkin sebab kedai beliau masih baru masih tak banyak pilihan. Antara produk popular ada di kedai beliau adalah Yusmira. Kalau berminat nak tahu lebih lanjut Hubungi saya terus.

Kalau korang nak cari produk dari Kelantan yang runcit, sinilah pilihannya. Kedai beliau ada di Taman Seroja di Sepang..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply