Pastikah Malaysia sudah Merdeka 100%?

MalaysiaYeay… Ramai murid-murid sekolah rendah bersorak gembira dan menyanyikan lagu MERDEKA apabila masuknya bulan Ogos pada tiap-tiap tahun. Tidak kurang juga pelajar-pelajar sekolah menengah masing-masing gembira menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia kali ke…..* tak ingat. Pada bulan inilah orang-orang cina mengambil kesempatan, tidak terkecuali juga orang melayu kaki niaga tu sibuk membekal bendera jalur gemilang pada sekolah-sekolah. Harga biasa boleh didapati paling murah pun RM1 ringgit. Malang betul jadi budak-budak ni, tiap-tiap tahun mereka habiskan duit ibu dan ayah mereka tiap-tiap tahun semata-mata beli bendera. Selagi mereka tidak cerdik selagi itulah mereka ini (murid-murid sekolah) membuang duit ibu dan bapa mereka untuk benda yang kurang faedah.

Kalau yang pihak sekolah bagi Percuma tu mungkin tahan sikit la. Tapi kalau yang cikgu suruh beli tu, apa tujuan? Hanya nak melambaikan jalur gemilang pada tanggal 31 Ogos. Bagi mereka yang ibu dan bapanya ahli perniagaan, kerja makan gaji, berjawatan jurutera, arkitek dan setaraf dengannya tidak mengapalah nak membazir pun. Kalau kena pada si ayah bekerja nelayan, pesawah, drebar teksi, drebar bas dan setaraf dengannya. Apakah itu membebankan wahai muslimin dan muslimat sekalian? Namun ini bukan topik yang sebenar yang ingin dicoretkan disini.

Nak bertanyalah sedikit, adakah Malaysia 100% sudah merdeka? Jika IYA! merdeka dari sudut mana tu boleh terangkan?

Undang-undang dan perlembagaan negara semuanya menggunakan sistem sekular, sistem perundangan Islam tidak berada pada tahap tertinggi..yakni melaksanakan hukum-hukum seperti yang disebutkan dalam kitab suci Al-Quran. Hukum Hudud, Kisas dan lain-lain tiada pun nak dilaksanakan. Kata merdeka lebih 50 Tahun, tiada apa-apa perubahan. Pusat hiburan di Kuala Lumpur tu berdozen-dozen, pusat perjudian, nombor ekor, pusat pelacuran, minuman keras (Arak) dijual secara terbuka, semua orang boleh beli. Nama negara Islam, Islam kot mananya tu? Perkara ini boleh mengelirukan dan sudah lama menjadi keliru sama ada pada orang bukan Islam dan orang Islam (yang tiada ilmu).

Baru-baru ni orang buat demo bantah akta zalim ISA huh memang mantop. Tapi malangnya ada orang tidak faham kenapa benda ni dilakukan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barang siapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka (orang-orang Islam).”

Akhir sekali nak tanya betulkan Malaysia 100% merdeka tanpa was-was?

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

7 thoughts on “Pastikah Malaysia sudah Merdeka 100%?”

  1. malaysia belum merdeka sepenuhnya
    maksiat slumberland berleluasa
    hiburan dijulang tinggi
    dari segi bahasa pon masih dijajah lagi.belajar sains dan matematik masih lagi dalam BI.
    tiada lagi bahasa melayu.Sekarang dipanggil bahasa malaysia.Jadi,dimana melayu punya bahasa?
    baru2 ini,satu malaysia.hendak ditubuhkan satu bangsa baru.iaitu bangsa malaysia.abis tu kemana menghilangnya bangsa kita?bangsa melayu?

  2. malaysia masih tidak merdeka..Fikiran org malaysia amsih dijajah oleh pemikiran barat..nak menegakkan islam tapi takut padahal negara kita sendiri..Dunia nak kiamat..macm ni la jadinye

  3. slm…saya tak rasa Malaysia da merdeka 100%
    kenapa ek…maybe sebab gaya hidup rakyat Malaysia yang lebih ke arah kebaratan kot..bukan kat bandar je..kawasan luar bandar pun sama
    kemerdekaan adalah kebebasan mutlak fizikal dan spiritual
    apa yang saya lihat..seiring dengan perubahan zaman, majoriti masyarakat malaysia semakin dikongkong idealism daripada barat.
    mungkin saya belum memahami sepenuhnya apa itu erti kemerdekaan yang sebenarnya
    tapi inilah pedapat saya… ^_smile

Leave a Reply