Bila Berniaga, Jangan Kutip Hutang, Jangan Kena Matahari

Hassan Al Basri : Merupakan seorang Ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan.

“Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada dua perkara ayah ingin kamu lakukan.

  1. Bila kamu berniaga, *jangan kutip hutang*.
  2. Bila kamu berniaga, *jangan kena matahari*.”

Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.

Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, pernigaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : “Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari *semakin merosot?*”

Jawab si adik : “Saya ikut pesanan ayah”.

Si ibu : “Apakah pesanan ayahmu?”

Jawab si adik : “Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak akan kutip bayaran”.

Pesan ayah lagi, “KALAU BERNIAGA, JANGAN KENA MATAHARI”.

“Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah”.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : “Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari *semakin maju*, apa yang kamu lakukan ?”

Jawab si abang : “Saya ikut pesan ayah”.

Si ibu : “Apa pesanan ayahmu?”

Jawab si abang : “Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya.

“Kedua, ayah berpesan. “KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI”. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari”.

Pengajaran daripada kisah ini – Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara akan menjadikan titik arah hidup yang berbeza.

Kulit mengalami Gatal merenyam? Ini penawarnya.

Baru-baru ini saya mengalami penyakit gatal yang tak dapat dikata. Kulit jadi ada sepasang tompok merah dan keperitan gatalnya hanya Tuhan yang tahu. Pada mulanya pergi ke klinik berhampiran dan Klinik Kesihatan Kuala Lumpur di Titiwangsa, tak jalan juga.

Akhirnya saya ke Cosway untuk dapatkan garam laut mati, sebab teringat semasa zaman saya kecil dahulu, arwah umi akan belikan satu bekas garam laut mati jenama ALZARA, Natural Dead Sea Beauty Salts

hadapan
belakang

Cara penggunaannya adalah seperti berikut:

Semasa mandi, ratakan air pada seluruh badan, lumurkan garam ini dan gosok berulang kali sehingga rasa sakit dan pedih, tidak perlu tekan dengan kuat, cukup hanya gosok dengan lembut dipermukaan kulit pada kulit terkena jangkitan ataupun rasa gatal.

Kemudian, biarkan ia kering dalam masa 1,2 sehingga boleh makan 4 jam, jangan lap dengan tuala, biarkan ia kering sepenuhnya, (masa ni masih rasa pedih yang amat), bila cukup kering, barulah sapu airpaip bilas.

Sila tambah bacaan selawat dan al-fatihah untuk lebih kebaikan dalam membuat rawatan. Mudah-mudahan dengan izin Tuhan (Allah s.w.t) akan segera sembuh.

Kaedah menggunakan rawatan garam ini boleh digunakan sekiranya terdapat tanda-tanda seperti dalam gambar ini. Berlaku macam ini sebab bilik saya ada pepijat, dan alhamdulillah sudah pulih.

Bahagian belakang betis – 1
Bahagian belakang betis – 2

Mencarum KWSP EPF sendiri

Bagi anda yang kerja dengan majikan usah risau, majikan anda yang mencarum untuk anda pada setiap bulan selepas dapat gaji. Namun bagi anda yang berkerja sendiri boleh juga mencarum sendiri dengan menggunakan Maybank2u dan buat secara atas talian.

Hanya masukkan No.EPF > pilih self contribution > nama penuh pada akaun EPF > No.kad pengenalan > Jumlah yang ingin carum (paling sikit RM50) > klik PAY

Selepas anda membuat transfer dengan nilaian minima RM50 melalui akaun Maybank2u anda, akaun KWSP ataupun EPF anda akan dikemaskini dengan nilai terkini dalam masa 1-2 hari berkerja.

Cara  pantas untuk melihat kemaskini adalah memuat turun aplikasi di dalam peranti pintar anda dan login menggunakan i-akaun KWSP. Sila pastikan anda telahpun mengaktifkan akaun atas talian KWSP untuk membolehkan anda menyemak baki simpanan semasa anda sebelum login pada aplikasi iOS atau Android ataupun melalui laman web KWSP.

Lihat baki EPF di aplikasi iOS

Paparan utama (iOS) – Jumlah keseluruhan dari akaun 1 dan akaun 2

Pada paparan utama diatas, selepas login pada aplikasi iOS, akan terpapar jumlah keseluruhan yang terkumpul daripada akaun 1 dan akaun 2.