Oktober 2012 hampir berakhir

Episod Kehidupan

Beginilah sebuah episod kehidupan yang masanya berjalan dengan sangat pantas, sebab itulah ada pepatah masa itu emas. Masa itu banyak namun setiap masa itu mempunyai sesuatu yang sangat unik bagi setiap manusia.

Untuk pengetahuan semua saya kini sudah menghampiri kepada penghujung pengajian saya dalam Diploma Sains Komputer pada sebuah institusi pengajian swasta, dengan izin Allah saya akan bergraduasi kemungkinan pada awal tahun hadapan. Ramai yang bertanya kepada saya, sambung Degree atau berkerja? Buat masa ini saya hanya mampu menjawab mungkin berkerja sendiri, tapi keinginan untuk sambung Degree itu sangat tinggi.

Oleh kerana Jurusan yang saya minati ini merupakan jurusan yang perlu ditumpukan dengan lebih serius, ada pelan ingin sambung ke luar negara, kerana disana Jurusan ini akan dipelajari dengan lebih serius berbanding di Malaysia, kerana disini kekurangan tenaga pakar yang mampu mendedahkan lagi secara khusus tentang Sains Komputer, terutama dalam sudut pengaturcaraan web, linux, networking dan yang berkaitan.

Dalam masa terdekat ini, saya akan ke peperiksaan akhir dan perlu mempersiapkan diri untuk selesaikan projek akhir saya.

So, disini saya ingin meminta maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan secara sedar mahupun tidak sedar, kerana saya ni merupakan seorang yang sangat sibuk setiap masa, dah lama tak menulis macam ni akibat kekangan masa.

Okey, terima kasih !

Nantikan episod seterusnya dari saya okey?

– Selamat Hari Raya Eidul Adha dari saya

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply