Nota Istimewa: Dari lelaki (saya) untuk perempuan (awak)

Saya lelaki istimewa.

Saya bersyukur kerana nama saya tidak menjadi buah hati kepada perempuan. Saya bersyukur kerana perempuan tidak rapat dengan saya. Saya bersyukur kerana di kolej ini tidak seorang perempuan pun rapat dengan saya.

Saya lelaki pelik.

Awas. Jika saya dapat rasakan awak mula rapat dengan saya, saya akan melakukan sesuatu yang boleh awak rasa tidak selesa dengan saya. Saya sengaja.

Saya lelaki yang tahu.

Saya tahu bagaimana cara untuk memikat hati perempuan, tapi sebaliknya saya tidak gunakan untuk memikat, tapi saya guna untuk membuat awak benci pada saya dan rasa tidak selesa apabila berurusan dengan saya, kenal dengan saya dan sebagainya. Saya sengaja.

Saya macam ni mengapa.

Saya tidak tahu kenapa. Tapi saya selesa dengan keadaan macam ini. Awak lihat dalam facebook yang lebih ketara, perempuan tidak malu mempamerkan siapa yang mereka cintai. Psikologi manusia ini, kalau nampak kemesraan tu suka la tu. Kalau tengok layanan yang awak berikan pada salah satu lelaki ini lebih pada yang lain, tandanya awak menaruh perasaan pada lelaki tu. Saya tahu. Jika saya jadi lelaki tu, saya akan buat awak tidak selesa dan benci.

Cuba awak fikir, zina hati hanya boleh muncul dengan kemesraan yang terlalu mesra. Oleh itu bagi logik saya, lebih baik saya buat sesuatu yang awak tak selesa dan kalau perlu, buat awak benci saya. Saya tahu ia tidak baik, tapi jika dibandingkan zina hati yang memang tak baik berbanding membuat awak rasa benci dan tidak selesa, lebih baik saya buat awak benci & tak selesa terus. Dengan kaedah ini, saya tidak perlu menanggung dosa awak dan saya pun tidak berdosa dalam hal ini. Kata orang..

“Mencegah lebih baik dari Mengubati”

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply