Nokia N9 dan OS MeegOo Workshop

Tadaa! Percaya atau tidak, Nokia N9 yang menggunakan OS Meego telahpun memasuki Malaysia! Ia saya baru aje mendapat tahu daripada email noticement yang saya subscribe sebelum ni. Daripada bulan berapa entah? *lupee* akhirnya telah masuk dalam inbox email!

Apa yang menarik tentang model ini ialah ia menggunakan OS terbaru yang mungkin pengganti kepada Symbian OS. Tapi tak surelah betul ke tidak sebab Symbian sekarang ni pun sudah keluar versi Anna  dan akan datang versi Belle pula. *Pening*.

Oh yeah! Nokia Malaysia ada menyediakan workshop untuk pengenalan kepada model ni. Maksudnya, kalau sesiapa yang nak berkenalan dengan Nokia N9 ni bolehlah berlari ke Nokia Store KLCC. Ada tiga season keseluruhannya yang bermula daripada 22 Oktober 2011 ini bermula 11 pagi hingga 12.30 tengah hari. Maklumat lanjut sila pergi Nokia Swipe!

Selain itu juga, Celcom juga terdapat offer mereka. Kena langgan pakej mobile internet dapat beli N9 dengan harga RM968 jee. Kalau harga pasaran buat masa ni RM1799. Harga ni lebih kurang je dengan harga N8 masa memula masuk pasaran dulu *annoying*.

Siapa yang nerd dengan facebook, twitter, read news semua. Dengan N9 ni tak perlu risau complete set. Ada Nokia menyediakan aplikasi dia siap-siap, tak perlu runsing dah lepas ni. Tak percaya? Tengok sini! Make sure senyum sampai telinga ok?

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

2 thoughts on “Nokia N9 dan OS MeegOo Workshop”

Leave a Reply