Nokia Lumia 900

Akhirnya nokia telah mengumumkan model terbaru mereka Lumia 900 pada hari ini yang mempunyai ciri-ciri seperti 4.3 inci saiz screen bersama ClearBlack Display AMOLED, keterangan gambar untuk gambaran diluar dan dalam. Nokia Lumia edisi ke tiga ini dibina untuk memenuhi keperluan luaran dan dalaman pengguna dengan kemudahan sosial dan pelayar web. Dengan menggunakan rangkaian people hub ia merupakan jalan terpantas untuk mengikuti rakan-rakan dalam masa nyata dan mempunyai pelayar web yang pantas menggunakan mobile Internet Explorer.

Selain itu, model ini turut memberikan kemudahan internet berkelajuan terpantas menggunakan teknologi LTE 4G. Ia juga menawarkan rakan video dalam kualiti yang tinggi dan memberikan kepuasan rakaman walaupun berada dalam situasi yang gelap. Dengan lensa ini, panggilan video juga dibuat dalam kualiti yang tinggi.

Buat masa ini pihak nokia masih tidak memberikan sebarang informasi mengenai tarikh pengeluaran untuk model ini.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply