No Sense

moonlightoneTak Guna kalau beragama Islam tapi gaya, percakapan, amalan hidup tak ubah macam orang kafir = Mempermainkan agama

Tak Guna kalau belajar dapat Degree, PHD, Diploma, Master kalau solat 5 waktu pun tak lekat macam biskut = Mempermainkan agama

Tak Guna kalau pakai tudung sekadar hormati bulan Ramadhan lepas Ramadhan buka balik = Mempermainkan agama

Tak Guna kalau makan mewah di Chicken Chop, KFC, Kenny Rogers, MC Donald tapi orang miskin nak makan sekali sehari pun belum tentu = Tidak mempedulikan saudara Islam yang lain.

Tak Guna kalau web/blog dapat top ranking di ‘search engine’, Alexa tapi isi kandungannya menceritakan Gossip, hiburan lagha, sosial terlampau dan sebagainya.

Tak Guna kalau hidup ikut sesama manusia. Contoh kelompok yang lagha, boleh menyebabkan diri lalai dan banyak membuat jahat pada baik.

Tak Guna kalau perniagaan maju macam mana sekalipun kalau banyak berhutang, menangguh apabila membayar hutang = menjejaskan kewangan orang lain.

Tak Guna kalau majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kalau tidak dijemput sekali anak-anak yatim, fakir miskin ke majlis = Haram bagi sesiapa yang menghadiri majlis ini jika tiada diantara mereka.

Dan….banyak lagi benda yang Tak Guna… Lu fikir la sendiri!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

7 thoughts on “No Sense”

Leave a Reply