New Persona Elegance 1.6L IAFM

Pada 18 March 2010 lepas.. maka keluarlah sebuah kereta baru yang diberi nama “Persona Elegance” yang dirasmikan oleh Group Managing Editor Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir.

Kereta model “Persona Elegance” ini berada pada ‘showroom’ kesemua cawangan proton berhampiran anda semenjak 18 March 2010 lagi. Jadi kepada yang berminat ingin mengetahui lebih lanjut tentang Persona Elegance ini boleh menghadirkan diri pada ‘showroom’ yang berhampiran dengan anda.

Model terbaru “Persona Elegance” ini merupakan model yang didatangkan dengan fungsi tambahan berbanding model Pesona yang sebelumnya. Selain itu ia juga makin ‘sporty’ dan sesuai dengan gaya hidup masa kini tidak kira umur muda mahupun tua.

Rekabentuk Persona ini lebih kepada sebuah kereta dimana mereka yang sudah berumah tangga dan mahu tampak mewah dalam kesederhanaan.

Jika dilihat pada harganya ia bermula daripada RM46k sehingga RM60k. Pada yang sudah berkeluarga sememangnya kereta ini boleh tahan rekabentuk dan kelebihan-kelebihan yang ditawarkan untuk anda sekeluarga.

p/s: anda sudah memiliki adik-beradik Persona? Kongsikan pendapat anda pada ruangan komen dibawah..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

6 thoughts on “New Persona Elegance 1.6L IAFM”

  1. Assalammualaikum…
    hye smua…sy nurul ain dri johor bahru..sy nk brtnya kpd sesiapa yg mmkai persona elegance yg trbaruni…ada apa2 mslh tak mgnai kreta persona eleganceni???sy brtnyakn soaln bgini krna sy ingin mmbli krte persona eleganceni…tapi sy tkot krte persona eleganceni ada apa2 maslh….tak kiralh mslh dri enjinke,crminke,tmpt ddukke and whteverlh….sy hrp sesiapa yg mmbce sOaln atau pertnyaan synie tlonglh sy..tlonglh bntu sy untuk mmbrithu apa mslh kerata persona elegancenie sbnrnya….

  2. Haha, Toyota Vios pun lawa eyriqazz, tapi kalau dibandingkan dengan kelajuan maksima dan kapasiti enjin Proton Persona lebih berkuasa. Tapi berkenaan dengan penjimatan petrol Honda lebih baik. Proton punya Lotus taklah bagus sanggat jika dibandingkan dengan enjin buatan Proton ‘base on Mitsubishi Engine’ yang sebelum ini.

  3. Hoho, Persona memang sebuah kereta yang sesuai bagi mereka yang sudah berkeluarga atau bujang mahupun mereka yang sederhana disamping harga yang berpatutan. Saya dapat rasakan Persona Elegant ini lebih cantik dengan warna Haze Blue mereka tetapi tak dinafikan Persona adalah sebuah kereta yang sporty dan tampak aerodinamik. 190km/h max lagi tu, tambahan pula enjin kapasiti 1.6L pasti tiada masalah untuk potong lori atau kereta yang perlahan… Design pun lebih futuristik.. Orang tak nak dah pakat kereta lampu petak, kan?

    1. Ya.. satu review yang bagus 🙂 jika speed sudah memuaskan.. sudah pasti enginnya berkuasa tinggi 🙂 pecut dijalan raya pun selesa. Namun jika penggunaan petrol banyak.. sakit juga dibuatnya.

Leave a Reply