Nasihati kawan: jika sayang berlembutlah

Hidup didunia kita dikelilingi oleh pelbagai jenis manusia. penghuninya sungguh ramai masing² menetap di bumi Allah s.w.t yang indah ini. manusia merupakan makhluk yang terindah rupa fizikalnya sempurna tubuh badannya sehingga Allah pernah berkata “manusia merupakan ciptaan yang paling sempurna”.

Apabila menyebut tentang manusia. manusia ini sangat istimewa kerana di ciptakan dengan mempunyai perasaan seperti sedih.. marah.. lemah lembut.. sayang.. gembira.. hmm.. boleh dikatakan serba ada. bersyukurnya kita kan?

Baiklah saya disini ingin berkongsi sesuatu. sesuatu yang istimewa.

Apabila kita bergaul dengan masyarakat diluar. sudah pasti kita akan menemui berbagai² jenis manusia. tidak kira jantina lelaki atau perempuan. Ingin menyampaikan sesuatu kebaikan perlu ada sedikit kesabaran.. keikhlasan..  sederhana dan berterusan.

Daripada ikhlas itulah lahirnya berterusan..

Dan kenapa begitu dan begini?

Perlu kita bersama ingat. tugas dan tanggungjawab ini bukan mahu dilakukan sehari dua. malah berterusan.

Lembut itu fitrah

Secara fitrahnya manusia menyukai sesuatu yang lembut dan suci. Ini merupakan fitrah manusia dijadikan. tidak kiralah jika kita menjumpai manusia yang kuat marah, mempunyai tahap ego yang tinggi dan bermacam² sifat kurang baik yang timbul apabila emosi berada pada suatu keadaan.

Jadi untuk mendekati seseorang terlebih dahulu mengenali  peribadi individu itu. Contohnya kawan kita (individu terdekat), semasa kita berada di Universiti kita kerap kali bersama apabila berada dalam kelas, pergi makan, dan balik. Sepanjang hubungan ini sudah pasti kita sudah mengenali keperibadian dia. nilai ia apa perkara yang dia tidak suka & suka. Ini merupakan langkah yang bijak untuk mengelak anda kena penyepak percuma gara² nak beri nasihat tadi.

Hadapinya secara bersemuka

Jika benar atau bersungguh² ingin memberitahu dia yang dia buat ada bahagian yang kurang baik. So kita ikut cara ini, “berani kerana benar, takut kerana salah”. Caranya selalu “Keep in Touch” dengan dia dari semasa ke semasa. sila jaga hubungan anda jangan sesekali buat dia mood down. berkawanlah dengan dia seperti biasa. Hadirkan gelak tawa sentiasa bila berbual dengan dia. lakukan sesuatu yang menyebabkan dia perlukan kita so dari situ kita selalu menghubungi dia dan dia juga menghubungi kita secara tidak langsung. so dari situ wujudnya kemesraan dan senang dengan kehadiran kita disisinya.

Dalam menjalinkan hubungan bersahabatan ini, biarlah betul² ikhlas tahap 4. bukannya ikhlas biskut. Jangan sampai kawan kita rasa sesuatu, contohnya seperti rapat dengan dia sebab sesuatu. Perkara ini mesti dilakukan berperingkat² dan mungkin akan makan tahun, maksudnya tidak main bulan². Tambah lagi jika dia belajar di Universiti berlainan dengan kita. Caranya “keep in touch” dengan menggunakan handphone sahaja la.. itupun jika kawan kita itu perempuan, namun jika dia lelaki kerap² lah berjumpa bila kelapangan masa.

Langkah untuk memasuki personal life dia adalah bercakap diantara kamu dan dia sahaja. Jika dia seorang perempuan, ajaklah seorang teman untuk menemani. Manusia ini suka benda berbentuk hadiah, atau belanja makan. Ajak dia pergi ke tempat berfaedah banyakkan komunikasi yang ada isi, gelak tawa serba sedikit. Selami dunia peribadi kawan kita secara perlahan, jangan terlalu memaksa. Perlu diingat juga, dalam situasi ini “Sabar” merupakan kunci untuk berjaya menawan hati kawan anda.

Dugaan dan halangan

Mungkin sepanjang mengharungi proses ini kita akan berhadapan dengan pelbagai rintangan dan halangan. Contohnya apabila kita kerap kali contact dia, adakalanya dia akan mengelak dan cuba berdalih.. bermacam² alasan yang diberikan. Ini merupakan situasi biasa, anda kena pause dahulu buat sementara dan gunakan teknik lain. Ia bergantung pada jenis orang juga, makin anda mengenalinya makin mudah.

Jika ukhuwah itu indah, suburkanlah ia dengan nilai kasih sayang kerana Allah.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

3 thoughts on “Nasihati kawan: jika sayang berlembutlah”

      1. 说道:An impressive share! I have just fowrraded this onto a friend who has been doing a little homework on this. And he in fact bought me breakfast due to the fact that I stumbled upon it for him lol. So allow me to reword this . Thanks for the meal!! But yeah, thanks for spending the time to discuss this subject here on your website.

Leave a Reply