Nak berjaya perlu cari pakar – kenapa?

Untuk berjaya mengapa perlu cari pakar? Agaknyalah mengapa ya?

Apabila kita mengidamkan sesuatu yang terbaik untuk diri kita, kita perlu mencari pakar. Pakar ni mereka yang lebih tahu dalam sesuatu hal tersebut untuk menyelesaikannya.

Ok, contoh mudah. Kalau gearbox kereta rosak, adakah kita akan bertanya pada pakar cat kereta? Sudah tentu kita akan bertanya pada pakar gearbox kan?

Pakar ini mereka yang lebih tahu, lebih arif tentang sesuatu bidang. Kalau kita tanya dia bagaimana mahu selesaikan masalah, dia akan beritahu selengkapnya. Percayalah!

Begitulah dengan situasi dilema ahli perniagaan yang mencari web hosting terbaik bagi membina sebuah website rasmi perniagaannya. Beliau kerap kali mengalami masalah website gagal akses, website down, website kena ceroboh dan bermacam-macam masalah yang beliau alami. Apa sebabnya? Kerana beliau gagal mencari pakar bagi menyelesaikan masalah yang dialami website beliau.

Kata mentor saya “Fast action, Fast result” – Dr Azizan Osman. Saya pernah menghadiri seminar BeraniBerniaga2013 beliau baru-baru ni di Menara PGRM, Cheras. Tersangat banyak ilmu asas bisnes yang diajar, dan saya sangat seronok mendengar.

Adakah anda mencari web hosting dan nak daftar domain? Mencari perunding, pendapat? Anda yang saya cari.

“Kepakaran kami adalah memberi servis perunding perkhidmatan web hosting, daftar domain untuk mereka yang ingin membina website. Mencari peniaga yang ingin Berjaya.”

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply