Myheritage hakmilik Israel

myheritage-main

Edisi siasat kini kembali lagi. Beberapa hari yang lepas saya dikhabarkan oleh pemilik blog Chakpong, katanya laman web Myheritage ialah sebuah laman web yang dimiliki oleh rejim zionis Israel. Hasil serbuan yang dibuat oleh pasukan saya terhadap laman web tersebut mendapati IP server mereka tidak dihoskan pada Israel (Data Center). Selepas beberapa jam kemudian, pihak kami menemu bual kaki tangan mereka, bahawa pemilik Myheritage ialah warga negara Israel. Selepas beberapa siasatan dibuat kami telah menemui beberapa bukti yang kami rasa cukup untuk membuktikan laman web tersebut dimiliki oleh Israel. Berikut adalah buktinya.. saksikan..

myheritage

(Klik gambar untuk resize)

Gambar diatas menunjukkan pelawat bagi bandar ketiga tertinggi dikunjungi oleh Tel Aviv-yafo, Israel (2.5%). Ini merupakan bukti yang kami perolehi dari beberapa jam hasil penyiasatan.

Selepas bertanya pada pegawai bertugas kami mendapati memilik garaj Myheritage 100% dimiliki warga Israel semamangnya terang lagi bersuluh. Jika tidak percaya anda boleh lihat gambar di bawah.. saksikan..

myheritage-2

(Klik gambar untuk resize)

alhamdulillah setakat ini sahaja pendedahan untuk kali ini. Edisi siasat akan kembali dengan isu yang lain pada masa akan datang pula, insyaAllah..

p/s: nak hebah-hebahkan artikel ni amat dialu-alukan, namun jangan lupa sertakan link ke post ni ya.

About the author

nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

View all posts

6 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.