Musim Cuti Sekolah: Ada pengisian?

Image2

Alhamdulillah musim sekolah telahpun berlangsung dan sekolah akan buka pada awal Januari 2010 *mungkin*. Ok apa pengisian yang berfaedah yang boleh kita lakukan sepanjang musim cuti sekolah ini? Hanya saya dikecualikan kerana saya seorang pelajar disebuah kolej musim cutinya tidak tentu.

Gambar atas ni menunjukkan jadual kuliah agama lepas maghrib, subuh, tadarus Al-Quran serta terjemahan.
Inilah jadual bulanan biasa yang diadakan di Surau Al-Islah di Kotaseriemas, Nilai.

Siapa yang berada ditaman berdekatan boleh datang sertai komuniti pengajian ini terutama kepada pelajar cuti sekolah *SPM & PMR*. Tapi mungkinkah pelajar-pelajar berminat majlis ilmu macam ini? Sedangkan mereka lebih gemar dengan melayari laman web sosial, habiskan masa hangout dengan kawan-kawan lagi menarik!

Dalam banyak-banyak ustaz pada jadual diatas ialah Us. Fadzlullah Shuib (Tamadun Islam). Cara penyampaian beliau ini cukup mantap, risiko orang tido cukup kurang dengan cara penyampaian dia. Pendengar-pendengar pun apa kurangnya ramai *ramai petanda ceramahnya menarik* namun yang tak menariknya pelajar sekolah seorang pun tiada mendengar ceramah yang beliau sampaikan.

Itu sahajalah buat kali ini, terima kasih kerana membaca!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

2 thoughts on “Musim Cuti Sekolah: Ada pengisian?”

Leave a Reply