Music Unlimited vs Zikrullah Unlimited

muzik_unlimitDunia Islam hari ini jika kita lihat alangkah banyaknya keluaran music-music terbaru. Boleh dikatakan hampir tiap-tiap hari mesti ada sahaja album atau music terbaru yang akan dikeluarkan oleh studio-studio rakaman terutama dari Hollywood. Tiap-tiap minggu mesti ada sahaja music, lagu terbaru yang keluar dipasaran boleh katakan tidak kering telinga kita melayan music tanpa sempadan pada hari ini.

Alangkah terkejutnya jika kita lihat hampir tiap-tiap tahun muncul sahaja artis-artis baru dikalangan muda mudi tidak kiralah daripada dalam atau luar negara. Ditambah pula dengan beraneka jenis teknologi serba moden pada hari ini, kita dilengkapi dengan mobile phone yang menawarkan fungsi ruangan simpanan sehingga menjangkau 16GB. Alangkah bertapa nikmatnya kita dengan kecanggihan teknologi masa kini dapat menikmati music menggunakan hanya pada handphone.

nokia-5800Pengaruh music dikalangan muda mudi kita hari ini bukan hanya music unlimited malahan masing-masing menjadikan idola mereka dikalangan artis-artis hollywood ini. Mereka sanggup membiarkan artis-artis ini memasuki lalu merantah tubuh dan jiwa mereka tanpa rasa segan dan silu. Namun secara halus sedikit demi sedikit ia sudah menghakiskan keimanan mereka tanpa mereka sedari. Kesannya boleh dilihat dengan cara perwatakan mereka, pemakaian mereka, perangai mereka yang ada pelabagai aneka jenis. Dah nama berkiblatkan Barat, bukan Makkah!

Dari hasil kajian sendiri, kebanyakan remaja yang melayan music ini kerana hidup mereka tidak tenteram, hidup mereka serabut fikiran bercelaru. Sebagai jalan alternatifnya mereka ini mengambil music sebagai alat menghiburkan hati mereka kononnya mahu hilangkan bebanan difikiran, hati dan sebagainya. Malangnya music bukan jalan penyelesaian utama bagi masalah ini kerana music ini hanya membawa ketenangan hanya sekejap sahaja umpama hisap rokok. Jalan terbaiknya memilih untuk berzikir kepada Allah s.w.t, namun ia bukannya sukar. Hanya menyebut Subhanallah, Allahuakbar, Lailahaillallah Muhammad Rasulullah.

zikrullahunlimitedApabila kita berzikir bukan sahaja dapat menghilangkan tension, keresahan, derita jiwa dan lain-lain, malahan akan mendapat ganjaran pahala dari Allah s.w.t. Dengan syarat semasa berzikir hati mestilah ikhlas, menghayati alunan zikir namun jika mengetahui maknanya lagi baik. Umpaya kita mendengar lagu ciptaan barat jika hafaz liriknya sambil mengikut alunannya teramatlah asyik dan nikmat maka samalah juga jika faham akan maksud zikir serta menghayati alunanya, alhamdulillah amat membahagiakan, amat nikmat!

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah“. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (al-Ra’d: 28).

Sejauhmanapun music tanpa had dunia masa ini atau ‘Unlimited’ tidak akan sesekali dapat menandingi “Zikrullah Unlimited”. Jika anda fikirlah, music atau lagu ini agak susah untuk menghayatinya kerana perlu menghafal, mengetahui lirik serta alunan musicnya dan masing-masing mempunyai beraneka jenis alunan dan jenis lirik, bukankah susah tu? Jika zikrullah hanya beberapa potong ayat sahaja dan ayat inilah akan kita gunakan sehingga kiamat. Iaitu ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’, ‘Allahu Akbar’, ‘Lailahailallah Muhammad Rasulullah’. Ha! Bukan ke ringkas dan mudah diingati? Jadi ayuh ‘Refresh’ hati anda dengan “Zikrullah Unlimited!!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

6 thoughts on “Music Unlimited vs Zikrullah Unlimited”

  1. Assalamualaikum…

    MasyaAllah sangat BAGUS artikel ni!
    Tak banyak artikel bahasa melayu tentang music yang saya jumpa online.
    Masa belajar dulu, music ‘diharamkan’ 100% oleh ustaz2 dan moulana kami.
    I dont understand how people can study with earphones in their ears listening to music??!!
    Anyway, keep posting!

  2. don’t say ‘ music is my life’
    say ‘Zikrullah is my life’
    that is the true one
    ble jasad kelaparan..
    makanan pengenyangnye..
    ble jiwe dan roh kelaparan..
    zikrullah pengenyang nyer..
    Alhamdulillah (kenyang da~) :p

    flOwerPage’s last blog post..HONEY, I HATE YOU!

Leave a Reply