Music No Limit: punca Islam sukar bangkit di Malaysia

sony walkmanPerkembangan music di Malaysia sejak tahun 2000 dan sehingga sekarang 2009 merupakan punca kenapa Islam tidak bangkit sehingga hari ini dan selamanya (jika perkara ini tidak disekat 100%), dan keadaan ini amat membimbangkan penulis. Peranan dan pengaruh music ini mempunyai impak yang besar dalam mengukuh atau mengugurkan Iman, Akidah, Tauhid yang berada pada seseorang yang beragama Islam. Bahayanya music kepada hati manusia ia dapat mempengaruhi tindak tanduk, perangai, amalan agama dan sebagainya.

Kesan buruk music terhadap hati manusia tidak dapat dilihat dalam masa yang singkat, music seperti menjadi satu kewajipan dalam kehidupan yakni bangun tidur terus mencari music, dalam kereta mendengar music, membaca buku di Library mendengar music dan ia juga umpama fardu ain yang wajib dilakukan pada setiap hari. Ia bagaikan makanan segera dan menjadi rutin harian dan ketagihannya seperti orang menghisap dadah dan rokok.

Pentingnya Akidah, ia bagaikan tapak. Kalau ibadah solat di katakan tiang agama sebagai bukti bertapa pentingnya ibadah tersebut, maka kedudukan akidah bagaikan tapak atau fondasi bagi sesebuah bangunan. Untuk memastikan kekukuhan sesuatu bangunan maka tapak mestilah di beri keutamaan. Malahan tidak keterlaluan jika kita katakan kekuatan tapak mestilah di dahulukan sebelum tiang didirikan di atasnya.

Berikut adalah bahana hiburan kepada (Remaja)

Merujuk kepada buku “Gerakan Freemasonry: Musuh dalam menghancurkan Islam“. Pada protokol ke 13 berbunyi:

Memperalatkan kebendaan:

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bangsa bukan Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek-projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bukan Yahudi kerana semuanya ini akan menelan kekayaan mereka.

Buta Politik:

Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen-agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan banyak lagi.

Komen penulis: Untuk menegakkan Islam sepenuhnya mestilah dengan cara menguasai Negara. Kerana kita akan memiliki kuasa penuh terhadap negara tersebut.

Pengalaman penulis

Penulis pernah menukar channel daripada Astro HiTZ.TV kepada Astro Oasis. Kejadian ini berlaku pada sebuah kolej, pada ruang santai. Kebetulan rancangan Astro Oasis ada rancangan selawat dan bacaan AsMa’Ulhusna. Semua yang menonton tadi beredar sikit demi sikit. Menunjukkan bertapa kotornya hati remaja Islam kita.

sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

“Patut kah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : ‘Kami telah beriman’, sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta”. [surah al-Ankabut : 2 & 3]

Jadi tidak hairanlah jika banyak maksiat (kemungkaran) yang berlaku di Malaysia sekarang sememangnya berpunca daripada music. Music ialah medium kelalaian dan menjauhkan muda-mudi  daripada solat, mengaji (Al-Quran), berzikir (selepas solat), mengabaikan solat jemaah (bagi lelaki).

Kesimpulan

Jika di Malaysia masih berterusan perkara sebegini contohnya. Bila Islam akan bangkit? Islam tidak akan bangkit sekiranya Allah tidak bantu, jika kita lupakan Allah s.w.t masakan dia mahu membantu kita?

Moga penulisan kali ini mendedahkan sedikit bahana Music terhadap diri kita. insya’Allah!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

12 thoughts on “Music No Limit: punca Islam sukar bangkit di Malaysia”

  1. Salam..
    Bak lirik kata dalam album Raihan, “Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah. Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah”.

    Oleh itu dengarlah music yg ber’roh’ Islamik..spt nasyid..(sekarang tgh syok dgn nasyid dari Maher Zain, satu sentuhan lembut n lain dari yg lain..best..)

    Wallahua’lam..

  2. Assalamulaikum

    MasyaAllah, penulisan yg sangat bagus! Ana sokong 200%.

    Sebenarnya Ulama di negara seperti South Africa, England dll mengatakan yang music ini haram. Sebab ia melalaikan, liriknya bercakap tentang zina, syahwat dan perkara-perkara munkar.

    Dalam kitab Zaad- Tolibeen terang2 ada hadith yg mengatakan bahawa music ini menyemai nifaaq (kemunafikan) didalam hati kita.

    Dengar music bangkit, dengar Al-Quran, dengar kuliah agama tidur…..kan? Bagaimana kita kata “tak payah lah taksub sangat sampai pergi konsert..”
    Music ni, sikit-sikit lama lama jadi bukit…

    Semoga Allah bawa kita ke jalan yang kebenaran dan jauhkan kita dari jalan kemungkaran….Ameen..

  3. Kita x boleh salahkan remaja 100% dalam hal ini. Mungkin semasa membesar mereka tidak terdidik dalam mengenal agama oleh ibubapa mereka. Kita ni islam pun kerana ibubapa kita islam. Kita tidak penah di ajar secara serius dan betul dalam mengenali islam.

    Sebab itu x hairanlah banyak maksiat dilakukan oleh orang islam dimasa kini sebab mereka kebanyakannya islam keturunan.

  4. Hmm,ada benarnya. Tapi bagi aku muzik tak ubah sekadar hiburan di kala bosan, tak lebih dari itu. Jika seseorang itu pandai mengatur,semua itu tak mempengaruhi. Pokok pangkalnya hati seseorang itu. Yang penting niat. Buruknya,remaja sekarang terlalu mengagungkan muzik lebih dari segalanya,pergi konsert la,itu la,ini la. Wassalam…

Leave a Reply