Merendah diri dalam berniaga sekali sekala perlu

psar_mlmTajuk atas ni betul ke susunan? Saya agak keliru sikit maklumlah bukan power pun BM. Jarang-jarang sekali takut ada kekeliruan sikit. Ok berbalik kepada tajuk. “Merendah diri dalam berniaga sekali sekala adalah perlu” ini kerana kita hendaklah menghormati pelanggan kita sebagaimana kita menghormati……. (no idea). Namun menghormati pula ada hadnya yang tertentu.. jika terlebih merenda diri kena pijak kepala pulakkan? Sebab manusia ni bukan semua baik ada macam-macam jenis.

Layanan selepas membeli adalah perlu untuk proses rujukan pelanggan, dan kita sebagai penjual service jangan mudah terasa bosan sekiranya pelanggan sering menanyakan soalan kepada kita kerana kurang faham. Jangan bila sahaja masa mempromosi barangan kita senyum manis. Namun apabila selepas pelanggan membeli service kita, kita masam mencuka. Tanya banyak sikit melenting, jangan sesekali berkelakuan macam ini kepada pelanggan. Jika tidak bangsa Melayu beragama Islam tidak akan kemana dalam dunia perniagaan. Kita jangan melayan mengikut pangkat dan darjat. Dalam Islam semua manusia sama sahaja disisi Allah s.w.t. Bezanya iman dan takwa kita kepadanya.

Termasuk sikit bab agama.. be sporting yea..

Kalau la anda lihat kenapa bangsa Cina dinegara kita ini (Malaysia) hampir kesemua kebanyakannya maju dalam perniagaan? kerana mereka berpakat sesama bangsa mereka tidak ada hasrat dengki dan menjatuhkan perniagaan masing. Ini Melayu tidak asal sahaja nampak si anu maju.. jeles dan fikir cara untuk menjatuhkan dia. Fikir buat apa? Lebih baik anda berusaha dan bersaing secara sihat. Meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan anda. Bukannya menggunakan akal dikurniakan daripada Allah untuk menjatuhkan sesama sendiri. Bukannya bodoh namanya tu?

Okey, sekarang ni terasa letih sikit sebab saya akan berniaga Kaspersky (boleh lihat sidebar). Stok lesen bulan July 09 bermasalah. Ada yang kena blok dan blacklist (1 2 je). Habis ada segelintir tuduh jual key illegal.. Itulah manusia suka memprasangka buruk. Lesen yang bulan Jun, May, April alhamdulillah semua ok. Mungkinlah adab berniaga sekali sekala ada silapnya. Daripada inilah proses mematangkan diri dalam bidang perniagaan bermula. Bak kata subjek perdagangan, “Untuk jadi usahawan perlu berani menghadapi risiko” bagi melakukan sesuatu perniagaan…..

About the author

nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

View all posts

6 Comments

Leave a Reply to beliamuda Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.