Merendah diri dalam berniaga sekali sekala perlu

psar_mlmTajuk atas ni betul ke susunan? Saya agak keliru sikit maklumlah bukan power pun BM. Jarang-jarang sekali takut ada kekeliruan sikit. Ok berbalik kepada tajuk. “Merendah diri dalam berniaga sekali sekala adalah perlu” ini kerana kita hendaklah menghormati pelanggan kita sebagaimana kita menghormati……. (no idea). Namun menghormati pula ada hadnya yang tertentu.. jika terlebih merenda diri kena pijak kepala pulakkan? Sebab manusia ni bukan semua baik ada macam-macam jenis.

Layanan selepas membeli adalah perlu untuk proses rujukan pelanggan, dan kita sebagai penjual service jangan mudah terasa bosan sekiranya pelanggan sering menanyakan soalan kepada kita kerana kurang faham. Jangan bila sahaja masa mempromosi barangan kita senyum manis. Namun apabila selepas pelanggan membeli service kita, kita masam mencuka. Tanya banyak sikit melenting, jangan sesekali berkelakuan macam ini kepada pelanggan. Jika tidak bangsa Melayu beragama Islam tidak akan kemana dalam dunia perniagaan. Kita jangan melayan mengikut pangkat dan darjat. Dalam Islam semua manusia sama sahaja disisi Allah s.w.t. Bezanya iman dan takwa kita kepadanya.

Termasuk sikit bab agama.. be sporting yea..

Kalau la anda lihat kenapa bangsa Cina dinegara kita ini (Malaysia) hampir kesemua kebanyakannya maju dalam perniagaan? kerana mereka berpakat sesama bangsa mereka tidak ada hasrat dengki dan menjatuhkan perniagaan masing. Ini Melayu tidak asal sahaja nampak si anu maju.. jeles dan fikir cara untuk menjatuhkan dia. Fikir buat apa? Lebih baik anda berusaha dan bersaing secara sihat. Meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan anda. Bukannya menggunakan akal dikurniakan daripada Allah untuk menjatuhkan sesama sendiri. Bukannya bodoh namanya tu?

Okey, sekarang ni terasa letih sikit sebab saya akan berniaga Kaspersky (boleh lihat sidebar). Stok lesen bulan July 09 bermasalah. Ada yang kena blok dan blacklist (1 2 je). Habis ada segelintir tuduh jual key illegal.. Itulah manusia suka memprasangka buruk. Lesen yang bulan Jun, May, April alhamdulillah semua ok. Mungkinlah adab berniaga sekali sekala ada silapnya. Daripada inilah proses mematangkan diri dalam bidang perniagaan bermula. Bak kata subjek perdagangan, “Untuk jadi usahawan perlu berani menghadapi risiko” bagi melakukan sesuatu perniagaan…..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

6 thoughts on “Merendah diri dalam berniaga sekali sekala perlu”

  1. mmg realiti kaum cina pandai berniaga..kalu connection kita dgn Tuhan kuat, kita takkan jatuhkan kaum sndiri..tapi ikhlas bantu sesama muslim.. ^_happy

  2. lg satu melayu ni kalau niaga suke nilai org dr luaran..yg nmpk bergaye terus layan baik…kalau nmpk mcm xkaya layan nak xnak je….

    keluar duit byk2 br nak layan…

Leave a Reply