Mercedes Benz C180

Mercedes C180
Mercedes C180

Hari ni aku drive ke pasaraya zeemart di enstek ada barang dapur kena beli. Nak ceritanya, ada satu kereta ni Mercedes-Benz C180 antara kereta idaman aku dalam keluarga Mercedes. Kebetulan masa cari parking dan parking kereta hampir sebelah dengan C180 cuma selang satu kereta. Apa yang sempat hanya gambar bahagian belakang. Malas nak ambil lebih-lebih mana tahu owner ada dekat-dekat situ.

Kata abah, antara model BMW dan Mercedes, lebih baik lagi model Mercedes. Aku tanyalah sebab apa. Katanya, sebab logo dia mahal tanpa warna. Lagi, BMW ni cepat turun harga dan kos maintain yang tinggi selain dari mudah rosak berbanding Mercedes. Kebetulan hal yang sama yang tauke begkel dekat rumah aku bagitahu hal yang sama. Pada aku kalau tokei bengkel tempat baiki kereta sendiri yang cakap macam tu. Betullah tu kan sebab aku tak tahu apa-apa pun hal kereta.

Dalam hati ada juga hajat nak merasa, cuma tak tahu bila. Takpe aku boleh sabar. Adalah tu rezeki aku suatu hari nanti. Semak di mudah.my model ni guna 1.8cc harga dalam RM1xx.xx tahun 2008. Bagi aku tak mahal mana, cuma mungkin rezeki bila lepas kahwin nanti mungkinlah kan. Apa-apa pun doakan aku.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply