Mengelak fitnah, perlukan perubahan

Sudah lama aku tidak fikirkan tentang ini. Apabila aku fikir fikiranku naik runsing. Mungkin orang diluar tidak tahu siapa aku yang sebenarnya suatu ketika dahulu.

Aku merasa cukup hairan, kenapa hati aku masih tidak tenteram apabila aku fikirkan kembali tentang kisah lampau, sedangkan bagi aku ia hanyalah perkara biasa. Ia bagaikan sering menghantui jiwa remajaku.

Baiklah mungkin aku akan memberikan satu kata kunci. Pada suatu ketika dahulu aku ada bertugas sebagai moderator disebuah forum namanya I***Islam.com. Forum ini makin mantap sehingga ke hari ini.

Aku sudah lama tidak mengikuti perkembangannya akibat sejarah lampau yang menghantui jiwa mudaku. Aku menjadi serik. Hanya beberapa orang dikalangan mereka yang tahu keadaan aku pada masa itu.

Aku tidak tahu sama ada aku mampu bangkit semula mahupun tidak, aku serik.. tiada siapa yang ingin membantu aku bangkit semula. Aku gerun.. dan merasakan diri ini amat kerdil.

Tujuan aku menulis ini bukan berniat untuk mengungkit kisah lama, tapi.. ia bagaikan menghantui fikiranku… cukuplah aku tidak sanggup. Namun bolehkah aku bangkit semula?

Membina sebuah Website berkongsepkan forum tidak semudah itu. Ia memerlukan komitmen. Namun paling aku gerun dan takut adalah.. Fitnah manusia.. amat merbahaya dan berbisa. Hanya Allah SWT yang mengetahui akan perasaanku ketika itu.

Hatiku bagaikan hancur berkecai selepas kejadian itu. Tidak kusangka sampai sedemikian kejadian tersebut berlaku. Walaupun ia sudah terjadi hampir 3 tahun lamanya, aku masih tidak dapat melupakan kejadian itu. Aku dihina sedemikian rupa.. Ya Allah.. aku sedih.

Mungkin ada orang diluar akan mengatakan, Cita-cita aku untuk menubuhkan website Islamik umpama biskut. Sekejap ada sekejap tiada. Mungkinlah!

Aku ada kekuatan dan semangat itu. Namun masa dan kewangan tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Aku perlukan masa dan fokus sebelum melangkah dengan lebih jauh lagi.

Sekarang aku sedang mengusahakan sebuah syarikat. Tidaklah besar, namun cukuplah setakat ini untuk menimba pengalaman diusia muda. Sweet 20 Oh!

BTW, sehingga kini perkara ini masih terpahat dihati. Minta Allah SWT hilangkan sedikit demi sedikit.. ameen.

Doakan moga aku dapat bangunkannya semula suatu hari nanti, dengan izin-Nya. Jika aku masih hidup.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply