Mengapa perlu tonton Taare zameen Par?

Taare Zameen ParAdakah korang meminati manusia atau insan yang bernama kanak-kanak? Namun bukan semua orang minat pada kanak-kanak ini kecualilah seseorang tu ada perasaan belas dan menyelami perasaan mereka ini. Tidak ramai juga para remaja yang suka bermain dengan insan yang bernama kanak-kanak ini. Asalkan menyebut kanak-kanak malas nak cakap tentang tu bukan?

Ok sebenarnya cerita ini baru sahaja saya tahu selepas menonton pada astro…. *tak ingat.. Lepas habis tonton tu saya terus turn on komputer  buka laman web torrent dan buat searching kejap dan mula download. Cerita yang bernama Taare Zameen Par ini merupakan movie yang sudah lama usianya. Ia dicipta pada tahun 2005 tak silap. Pembuatnya dari pelakon utama bernama Amir Khan serta movie ni dicipta olehnya juga =.=”

[zdvideo width=”540″ height=”344″]http://www.youtube.com/watch?v=LwaF7BEz8Jc[/zdvideo]

Hasil dari saya menonton memang cerita ini ada maksudnya. Kisahnya ialah mengenai seorang budak yang bernama Ishan. Dia belajar disekolah rendah India. Namun menghadapi masalah dalam pembelajaran, Ishan ni puas menumpukan perhatian dan cuba memahami sesuatu subjek yang di ajarkan oleh cikgunya namun gagal. Ishan menhadapi satu penyakit, apabila melihat huruf dia melihat terbalik. Dia puas dimarahi oleh cikgunya dan lama kelamaan dia jadi seorang yang pendiam. Sampailah satu masa cikgu seni yang baru datang dan segala-galanya berubah.

saya fikir ni filem hindustan yang palik baik ditonton oleh keluarga, sebab ada beberapa pengajaran yang terselit dalam cerita ni. Jika nak tahu, pergilah mana-mana torrent untuk download. Sure best, namun jika korang tak minat pada kanak-kanak mesti tak minat..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

4 thoughts on “Mengapa perlu tonton Taare zameen Par?”

Leave a Reply