Mengapa penulisan perlu ada haha, hehe ,hoho?

hahaheheKebanyakan penulisan yang saya baca acap kali diamalkan dalam mana-mana penulisan. Ini termasuklah kebanyakan blog, ruangan chatting, penulisan pada email dan sebagainya. Saya terasa hairan sampai bilakah budaya suka menulis dalam ‘haha’, ‘hehe’, dan ‘hoho’ ini akan berlarutan dalam budaya penulisan kita hari ini.

Pada pendapat saya, budaya sebegini hendaklah tidak diamalkan dalam mana-mana penulisan sekalipun kerana ianya nampak seperti ‘budak-budak’ atau ‘kanak-kanak riang’ yang menulis. Sedangkan ‘kanak-kanak riang’ pun tidak menulis seperti ini, mereka tahu bagaimana gaya penulisan yang betul. Gaya penulisan sebegini juga boleh dilabelkan sebagai ketidakmatangan penulis tersebut. Aduhai malunya!

Tidak boleh dinafikan, saya juga pernah menulis sebegini dalam beberapa bulan yang lepas, namun semakin hari saya berusaha keras agar penulisan saya nampak matang dan menarik pembaca daripada semua peringkat umur untuk membaca penulisan saya.

Saya juga kehairanan kerana ada juga’cikgu’ atau ‘guru’ yang mengamalkan budaya penulisan ini pada penulisan email. Namun yang amat memilukan, apabila blog yang menyebarkan dakwah juga mengamalkan benda ini. Amatlah tidak sesuai, apatah lagi ingin menulis karangan Bahasa Melayu, agaknya dapat telur ayam!

Secara peribadi jika saya melawat dan membaca penulis blog seseorang yang ada perkataan seperti tajuk diatas, saya cuma meluangkan masa hanya beberapa minit dan terus saya tutup, kerana penulisan yang terlalu ‘kebudak-budakan’. Nasihat saya, berubahlah cara penulisan, chat, atau cara penyampaian anda semakin hari semakin baik. Elakkan dari meletakkan ‘haha’, ‘hehe, ‘hoho’, ‘hee~’, ‘kuang3’, ‘kui2’, dan bermacam aneka jenis lagi. Jika sepanjang penulisan saya ada menyinggung mana-mana pihak, saya memohon maaf. Marilah kita sama-sama memperbaiki gaya penulisan masing-masing. Ingatlah, cara penulisan anda melambangkan peribadi diri anda juga!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

49 thoughts on “Mengapa penulisan perlu ada haha, hehe ,hoho?”

  1. saya sangat bersetuju dengan artikel ini. penggunaa “hehe”, “hoho” dan sebagainya jelas menggambarkan ketidakmatangan seeorang dan sekali gus amat memalukan.

    Seperkara lagi, penggunaannya turut mencalarkan keindahan Bahasa Melayu.

    p/s : saya juga pernah menggunakan perkataan2 tersebut dalam blog tetapi sekarang saya tidak mempraktikkannya lagi kerana tidak bersesuaian dengan usia yang semakin meningkat.

  2. bagi aku,blog peribadi tak perlu terikat dengan undang undang formal nih.
    macam mana ko tau blog yang banyak hoho hihi huhu adalah blog carca marba jika ko hanya baca beberapa minit,tak baca 1 entry sampai habis?

    manusia ade macam²,so ko tak boleh menilai sesuatu blog dari haha hihi huhu nya. Kadang² blog yang ‘peribadi tapi formal’ ni lagi membosankan,tak happening langsung.

    pendapat 50 sen aku je =)

  3. Wau.. hangat2.. bgi pendapat saye.. nk gune mende tu sume boleh tpi klo dpat di kurangkan, mungkin lebih bagus.. ape2pun, masing2 bebas untuk memberi pendapat.. klo pendapat agak menentang dgn yg asal.. mungkin ade isi kandungnnye yg bole di ambil.. BTW, entry kali ni ade valuenye yg tersendiri.. namun tidak dinafikan, pemahaman masing2 dalam menilai entry ini menjadikan masing2 berfikiran negatif..
    akhir kate

    huhu.. dan hehe 😉

    1. Salam,
      yup, memang hangat dipasaran. Naik pening dibuatnya.. biasalah manusiakan macam-macam aneka jenis dan ragam. huhu!

  4. “content is king”

    xkisahlah bahasa yang digunakan tu kebudak2an atau x.kalau memberi manfaat pada orang lain, why not?

    lain orang lain cara kan…kalau sume blogger nak menulis secara serius dan ‘matang’ yang didefinisikan ko, kan x best.
    lebih2 lagi bila target trafik diorang ialah golongan yang rebel,contoh macam kebanyakan blog yang aku manage..

    papehal,aku suka ayat ko yang ni-
    “Mengkritik bukan bermakna menentang,
    Memuji tidak sementinya menyokong,
    Menegur tidak bermakna membenci.”

    1. Penasihat n pengkritik yg releks ni 😛

      p.s: nway.. nikuve ada follow sha_munira @ Twitter. nanti follow up balik ya =)

  5. haha… (aku kebudak-budakan.. so aku guna ini)

    er.. aku sendiri tak tau mana datangya usul sebigini…

    sebenarnya buat pertama kali aku menyokong topo (jgn marah bro.. haha..)

    apa yang penting ilmunya dan caranya..
    ambil contoh di dalam kelas..
    tak merasa bosankah kalau terlalu serius?
    bukankah baik kalau ilmu itu disampaikan secara rileks..

    kesimpulannya;
    penyampaian yang menarik akan mendapat respon yang baik..

    lagi satu..
    ia bergantunglah pada jenis apakah blog itu dan personaliti si penulis itu sendiri.. (paham2 sudah.. malas nak terang)

    adakah penggunaan =) @ 😛 untuk menunjukkan suasana gembira itu lebih matang seperti yang digunakan saudara?

    haha.. bak kata nabil…

    1. huhu. post ini bukan ditujukan pada mana-mana bloggers. Post ini hanya memberi output positive, ikut demo la nak sokong mana-mana pun. ;D anda bebas bersuara 😛

      Post ini hanya sekadar menegur, supaya kita sama-sama mengingat dan mengingati. Bukankah kita sesama Islam mestilah saling ingat mengingati diantara satu sama lain tidak mengira pangkat, darjat, taraf seseorang itu? Kita semua sama sahaja.. seorang hamba Allah tidak terlepas dari membuat kesalahan. Hal mereka nak ikut mahupun tidak mereka punya hal.. yang penting kita mesti saling menasihati.. insyaAllah.. moga berjaya didunia dan diakhirat kelak.

  6. Salam ziarah dari saya,

    saya kurang bersetuju jika saudara memperkatakan yang mereka bertulis sedemikian menunjukkan ketidakmatangan. Berapa ramai yang sudah menggunakan perkataan itu dalam penulisan blog. Ia menunjukkan komunikasi tak langsung berlaku antara penulis dan juga pembaca. Boleh tanya pakar motivasi kalau tak percaya. Jika penulisan sebegitu dikatakan tak matang, bagaimana pula dengan penulisan yang hanya menggunakan “short form” sahaja. Aduhai malunya!

    1. Wsalam.
      Saya menulis mengenai isu ini bukan bermakna saya tolak 100%. Saya juga ada menggunakannya. Namun segelintir bloggers amat kerap/acapkali menggunakan perkataan itu nampak… faham-faham sajalah. Saya tidak menafikan dengan menggunakan perkataan ini dapat berkomunikasi dengan lebih rapat lagi diantara bloggers yang lain, yang hanya ditekankan hanya kepada mereka hampir semua penulisan pada blog mereka, mereka menggunakan perkataan ini. itu sahaja =)

  7. Salam penuh kesejahteraan buat penulis entri…
    Setuju bahawa setiap penulis perlu memperbaiki tulisan dari semasa ke semasa.
    Namun tidak setuju bila mengait penggunaan bahasa sempoi dengan kematangan. Matang itu satu konteks yang luas, malah bersifat fleksibel dengan menggunakan bahasa yang mudah & menarik dalam penulisan demi menarik ‘target reader’ adalah lebih baik supaya apa yang ingin disampaikan, dibaca oleh orang2 berkenaan.
    Setiap blog ada visi masing2. Sila terima hakikat ini: Blog dakwah yang mengguna gaya penulisan skema hanya akan dibaca oleh orang-orang yang ingin belajar, tapi bagaimana pula dengan golongan2 remaja yang kamu lebel sebagai tidak matang itu? mereka hanya berminat membaca sesuatu yang ringan, sesuatu yang bersifat ‘enjoy to be read’…& emosi2 yang diletakkan penulis membantu agar pembaca2 ini terus setia membaca tulisan mereka.
    Setuju dengan topo…kadang-kadang kita lupa yang semua benda di sekeliling kita boleh menjadi sumber ilmu…aku selalu baca kematangan dalam blog2 yang kamu lebel sebagai tidak matang itu….malah dari situ kita boleh memahami erti menjadi dewasa….dunia blog ini byk lagi untuk diterokai….sayangnya jika kamu menutup blog2 yang punya hehe & hoho tanpa sempat menghalusi apa yang ingin disampaikan penulis…..

    1. Terima kasih kerana sudi mengomen.
      Mostly yang saya jumpa blog yang terlalu enjoy, sampai tidak mengingati mati. Jika penulisan sedemikian, dgn automatiknya kita boleh mengetahui akan bagaimana ciri2 keperibadian si penulis tersebut. Sedangkan blog kita boleh dilihat seluruh pelusuk dunia tidak kira samada beragama Islam mahupun tidak. Melalui penulisan terlalu sporting, enjoy musuh-musuh Islam akan mengetahui dimana kelemahan kita. Melalui dr sinilah mereka dengan mudah mengatur strategi untuk menyerang kita dari kecenderungan kita. Adakah bloggers semua pernah terfikir akan semua ini? Enjoy, sempoi, sporting ada hadnya kita sebagai umat Islam. Jika tidak tiadalah beza kita Islam dgn yang barat.

      1. Hoho. Tidaklah sampai tak ingat mati. Ok, saya tak kata pendapat awak salah atau betul. Sebab ia sebuah pendapat. Tapi, janganlah sampai kata penulisan yang ade jargon hoho haha hehe, tidak ingat mati. Mungkin bagus niat awk, ingin berdakwah, tapi berdakwah elok tanpa perbandingan atau sebarang kutukan kat orang lain. Nabi berdakwah tak kutuk orang lain kan? Even pak sedara baginda tak masuk Islam pun, baginda tak kutuk n marah. So, berhati2 dengan ayat “Mostly yang saya jumpa blog yang terlalu enjoy, sampai tidak mengingati mati.” Wassalam…

        1. hehe. saya mana ada kutuk mana-mana.. adesss… kalau tersilap maaf banyak. ““Mostly yang saya jumpa blog yang terlalu enjoy, sampai tidak mengingati mati.” <– yang ini saya kata umum je.. jangan fikir lain ok.. =)

          Terima kasih luangkan masa komen sini.
          Wsalam.

  8. ok saya tidak matang.
    ok saya kebudak-budakan.
    ok penulisan saya tiada value.

    so perlu ke saya bertukar bahasa entry saya yang tidak matang, kebudak budakan, dan tiada value ni kepada bahasa sastera, sangat matang, tidak kebudakbudakan dan bervalue seperti entry di blog kamu?

    mana la tau nanti pekser leh dapat A1. takde la ade kemungkinan nak dapat telur ayam lagi.

    1. Insan yang cemerlang sentiasa men-approvekan dirinya. Ikut le nak ubah atau tidak, post ini hanya menegur secara umum. Tidak ditujukan kepada sesiapapun. Greetings =)

      “Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam”

  9. sebagai ketidakmatangan penulis tersebut

    hohoho aku rasa pembaca dah cukup matang untuk menilai gaya penulisan mana yang boleh dipraktikkan samada dalam karangan Bahasa Melayu atau penulisan blog..

    sebaliknya yang tidak matang itu adalah anda sendiri beb..

    Secara peribadi jika saya melawat dan membaca penulis blog seseorang yang ada perkataan seperti tajuk diatas, saya cuma meluangkan masa hanya beberapa minit dan terus saya tutup, kerana penulisan yang terlalu ‘kebudak-budakan’

    tidakkah anda rasa anda telah terlepas banyak ilmu yang dikongsikan di alam maya ini hanya kerana pemikiran sempit dan tidak matang anda yang hanya menilai sesuatu daripada luarannya sahaja?

    1. sebaliknya yang tidak matang itu adalah anda sendiri beb..

      Salam,
      sy tiada mengata sesiapa, hanya berkritik secara bebas. huhu..

      tidakkah anda rasa anda telah terlepas banyak ilmu yang dikongsikan di alam maya ini hanya kerana pemikiran sempit dan tidak matang anda yang hanya menilai sesuatu daripada luarannya sahaja?

      Alhamdulillah, saya masih dapat menilai mana yg lebih ada ‘value’ dengan tiada. Kisahnya kerana menggunakan terlalu acapkali penggunaan perkataan tersebut, menyebabkan penulisan menjadi cacamerba.

      Mengkritik bukan bermakna menentang,
      Memuji tidak sementinya menyokong,
      Menegur tidak bermakna membenci.

  10. blog aku bukanlah blog yang berfalasafah
    haha…tak perlu kot hindari perkatan2 tu
    tapi tak elok selalu2 dibuat

  11. assalamualaikum..bagi saya menggunakan unsur2 diatas dalam penulisan itu tidak salah dan bukanlah menggambarkan ketidakmatangan seseorang tetapi hanya sekadar untuk membuka minda kita dengan mengetahui emosi seseorang itu sedih,gembira,mengeluh dan sebagainya.dalam perbualan kita seharian bersama rakan juga diselitkan unsur2 sedemikian.mengapa pula timbulnya isu ketidakmatangan dan menyampah jika diselitkan unsur sedemikian dalam penulisan?

    1. wsalam.
      Yang menjadi penulisan nampak tidak berapa matang ialah kerana menggunakan terlalu kerap perkataan hehe, hoho, haha, dan sebagainya. Jika terlalu kerap, amat tidak sesuai jika golongan dewasa membaca dan susah mendekati golongan ini. =)

  12. Kalau penulisan artikel formal, bagi saya memang tak patut masukkan nde tu sume. tapi, bagi penulisan tak formal, mungkin kalau ade semua tu, agak mesra alam skit. ni nak menggambarkan emosi penulis terhadap sesuatu ayat yang disusun. sebab kadang-kadang, dengan ayat macam marah, tanpa huhu, hihi, haha, pembaca tak tahu, tu hanya gurauan. hihi.

  13. i think that that those words reflects the character in sentences. afterall, we write to deliver the message isn’t it?

  14. Hehe.. Hoho.. Huhu..

    Itu merupakan reaksi yang penting dalam satu2 ayat. bagi aku la. tapi jangan kerap sangat guna. nanti orang menyampah lak kan..

    tapi aku tengok kat blog2 omputih, jarang diorang guna tu. biasanya LOL je. kan?

    1. Yup, jika lihat pada blog US, biasa mereka akan menggunakan ‘LOL’ sahaja. =) Cuma orang Melayu je yang ada pelbagai aneka jenis.

  15. Blog peribadi biasanya santai. Bahasa yang digunakan selalunya tidak formal dan ringan. Situasi pembacaannya ibarat kita bersembang dengan rakan-rakan. Dalam percakapan biasa dengan rakan-rakan, pastinya ada situasi humor, dan gurau senda.

    Dalam penulisan blog, untuk menunjukkan emosi dan suasana humor tadi tentulah sukar tanpa bantuan icon-icon dan perkataan-perkataan yang sesuai. ‘Heh, hehe, haha, hoho, kui3x’ dilihat agak membantu penulis blog dalam menterjemahkan apresiasi minda beliau.

    Dalam isu kematangan, banyak faktor lain yang patut dipertimbangkan. Namun untuk menghuraikannya, memerlukan satu entri blog lagi. Nantikan kalau ada kesempatan..

  16. Salam’alaik…

    Manakala bagi pendapat ana, perkataan atau penulisan “haha… hehe… huhu… hoho…” dan sebagainya adalah merupakan simbol atau gambaran ataupun mewakilkan gaya mengeluh, ketawa, suka dan sebagainya…

    Bagi ana… sudah tentu perkataan atau penulisan tersebut tidak sesuai bagi sesetengah blog / web yg mempunyai unsur-unsur formal seperti mana yg dinyatakan oleh anta, blog dakwah dan sbgnya yg boleh dikatakan blog rasmi…

  17. hahahahahahah….

    😉

    ok jgk ni.. mungkin bole ikut jnis blog.. klo blog sempoi2 atau yg mmg untuk hburan suke rie prbdi, bole la kot gune haha hehe huhu ni..

    tpi bgus gk idea ni.. mkin lme mkin mtg so mkin membesar dan perlu matang.. akhir kate peace! 😉

    1. Um, kebanyakan blog yang ada seperti tajuk diatas datang dari blog peribadi. Namun alangkah lebih baik jika menulis secara matang. Tapi kita berubah ke arah lebih baik! insyaAllah 🙂

  18. Terima kasih atas peringatan dalam artikel diatas. Tapi biasanya, penulis blog lebih cenderung menulis dalam bahasa yang sempoi dan relaks. Pendapat peribadi saya, penambahan sedikit perkataan “hehe”, “hoho” dan sebagainya itu sedikit sebanyak menyumbang ke arah betapa “friendly” penulis tersebut dengan pembaca. Namun dalam sesetengah kes, terlalu banyak menggunakan perkatan tersebut pada saya agak menganggu.

    Walau apa2 pun, kita perlukan perubahan ke arah yang lebih baik. 🙂

    1. Sama-sama. Em.. pendapat saudara ada betul juga, boleh memperbaiki sedikit demi sedikit gaya penulisan masing-masing. =)

    2. Saffa setuju. Saffa letak benda camtu pun supaya entri saffa ni cam relax dan sempoi.. tapi, Saffa faham apa yang nikuve try sampaikan. =)

      1. Um, kekadang pun Nikuve buat jugak. Tapi jangan kerap la, nampak isi kandungan blog ‘no value’. 😉

Leave a Reply