Mengapa couple Haram, disini disertakan Nas dan Dalilnya

KENAPA COUPLE ITU HARAM? APAKAH NAS YANG MENYATAKAN COUPLE ITU HARAM?

Ramai remaja membuat alasan bahawa couple itu tidak haram kerana tiada nas yang melarang padanya. Betulkah tiada nas? Bahkan terlalu banyak nas al-Quran dan hadis menjelaskan tentang percintaan teruna dan dara atau couple in HARAM secara terang. Hanya orang-orang JAHIL & FASIQ sahaja yang berani mempermainkan hukum Allah. Hanya orang-orang munafiq sahaja yang buat-buat tidak tahu terhadap kewujudan larangan Allah. Bagi seorang muslim, dia wajib mengetahui perkara ini.

1) COUPLE ITU HARAM KERANA BERLAKU ZINA MATA DAN PENYALAHGUNAAN PANCA INDERA

ALLAH Berfirman :

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. (Surah An-Nuur : Ayat 30)

Maksdunya, dilarang lelaki melihat bahagian tubuh wanita melainkan wajah dan telapak tangan. Kerana bahagian lain adalah aurat. Jika bercouple, pasti akan berlaku perbuatan MENATAP bahagian dada, pinggang dan lainnya. Apatah lagi jika perempuan bercouple ini memakai baju ketat. Maka akan berlaku zina mata sepanjang pertemuan. Sangat jarang perempuan bercouple pakai tudung labuh dan berjubah. Pendek kata, kalau yang bercouple ini biasanya memang tidak menjaga aurat. Maka, HARAM pertemuan itu.

Ini beberapa hadis yang menceritakan dosa mata :

Nabi Bersabda “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi anak Adam mendapat bagian dari zina, tidak boleh tidak, zina kedua mata ialah memandang, zina lidah ialah perkataan, dan zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedang faraj (kemaluan) saja yang menentukan benar ataau tidaknya dia berbuat zina.” (Muattafaqun `Alaih)

Dari Jarir bin Abdillah z berkata : Saya bertanya kepada Rasulullah mengenai “pandangan yang tiba-tiba”, maka beliau bersabda :”Palingkan pandanganmu.”
( H.R. Muslim dan Abu Daud, lafadz hadits Abu Daud)

Maksudnya jika terpandang aurat secara tiba-tiba. Maka nabi mengarahkan agar sahabat berpaling. Kerana haram MENATAP AURAT WANITA atau WANITA MENATAP AURAT LELAKI. Ini bermakna, tidak boleh menatap kecantikan seseorang yang boleh mendatangkan rangsangan nafsu dan syahwat.

Dalam hadits lain, Rasulullah bersabda :

“Jangan kamu ikuti pandangan (pertama) itu dengan pandangan (berikutnya), pandangan pertama untukmu, dan tidak untuk yang pandangan kedua.” ( H.R. Tirmidzi dan Abu Daud, Tirmidzi dan AlBani menilai hadits ini hasan.)

Yang dimaksud dengan pandangan pertama adalah pandangan yang terlontar tanpa sengaja. Jadi, adakah mungkin orang bercouple tidak saling memandang? Adakah mungkin orang bercouple bila bercakap tutup mata? Sudah tentu mustahil. Bila bercinta akan saling menatap, memandang dan memerhati seluruh tubuh pasangan. Maka inilah DOSA. Ianya HARAM secara jelas.

2) COUPLE ITU HARAM KERANA BERSENTUH ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Biasanya orang bercinta, mula-mula sahaja duduk renggang. Bila sudah selalu bertemu, syaitan akan goda “Engkau ini sudah lama kenal, apa salahnya sentuh-sentuh dan pegang tangan. Semua orang buat macam tu bila bercinta. Barulah namanya pasangan kekasih” maka si lelaki mula buat2 tersentuh.

Kerana itu, Allah melarang mendekati couple sebab bila sudah selalu bersama. PASTI akan berpegang atau bersentuhan. Ingat! Menyentuh dengan sengaja adalah satu perbuatan yang haram. Demikian juga seorang perempuan menyentuh lelaki ajnabi, ini berdasarkan sabda Nabi saw:

Maksudnya: “Kalau dicucuk dengan jarum dikepala salah seorang dari kamu adalah lebih baik daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya”. [HR At-Tabarani 20/212, Sahih Al-Jami’ No. 4921]

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu Majah menyatakan bahawa

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

“Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”.
(Surah Zumar: 9)

3) COUPLE ITU HARAM KERANA TERPAKSA MENDENGAR SUARA WANITA YANG MENDAYU-DAYU

Bila bercinta, adalah pasti wanita dan lelaki akan berbicara. Dalam berbicara sudah pasti akan terselit nada mendayu dan perkataan yang lemah-lembut. Kerana itulah dinamakan percintaan. Orang bercouple tidak akan saling tengking menengking. Orang bercouple sudah pasti saling ketawa dan bersenda gurau. Jadi, apakah hukum suara wanita dalam bab bergurau, ketawa dan mendayu-dayu?

Mengikut Imam Syafie;

Suara wanita adalah aurat dihadapan lelaki2 yang ajnabi(Asing) samaada dikhuatiri terjadinya fitnah mahupun tidak.

Suara wanita tidak aurat sekiranya masih berada di dalam batasan yg digariskan. Suara Wanita yg bernada rendah/ mendesak/ merayu/ menggoda/ lembut terhadap ajnabi ataupun didengari oleh ajnabi ianya haram. HARAM bercakap dengan nada yang lembut.

Suara seseorang wanita ajnabiah ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah Dianggap Sebagai Aurat Menurut Pendapat Yang Sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut kadar yang boleh didengar oleh teman wanitanya.

Firman Allah SWT dalam

Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, “Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan.”

1) Imam Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang perempuan itu janganlah melembutkan suaranya kepada seseorang lelaki yang boleh mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan perbuatan serong kepada perempuan itu. Kemudian, beliau menukilkan hadis dengan sanad yang bersambung kepada Ibnu Abbas RA berkata,

“Seseorang perempuan janganlah menurunkan nada bicaranya dan melembutkan ungkapannya.”

Beliau juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu Zaid berkata,

“Menundukkan suara ialah suara yang dibenci Allah yang diluahkan oleh seseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam jiwa lelaki.”

Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal dengan kebaikan.

2) Imam Qadhi Abu Bakar ibnu al-Arabi berkata di dalam kitabnya Akamul Qur’an mengenai firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 itu, Allah SWT telah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar ungkapannya keras dan perkataannya terbatas. Tidak boleh menurutkan gaya perbicaraan di dalam hati dihubungkan dengan apa yang diluahkan menggunakan suara lembut, di mana pendengar lelaki boleh berkeinginan untuk berbicara lebih panjang. Seseorang sewajarnya memulakan bicaranya dengan baik dan keras. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan perkataannya. Dimaksudkan dengan makruf ialah dikembalikan kepada syarak menurut apa yang diperintahkan untuk menyampaikannya atau sekadar hajat yang diperlukan oleh manusia.

3) Imam al-Qurtubi berkata di dalam tafsirnya al-Jamik Li Ahkam al-Qur’an, “seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya. Allah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar perkataannya keras dan perkataannya terbatas. Mereka tidak boleh meluahkan bicaranya menurutkan gaya seperti yang ada di dalam hatinya yang lembut. Sebagaimana halnya perempuan Arab yang bercakap dengan orang lelaki menggunakan suara yang halus dan lembut seperti ungkapan orang yang meragukan dan menggodakan. Syarak melarang perempuan melakukan seperti itu. Ibnu Abbas berkata, seseorang perempuan hendaklah menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan. Seseorang perempuan, bila bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi, begitu juga dengan lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan melalui persemendaan dengannya seperti suami saudara perempuannya (ipar lelaki) dan sepupu lelaki, hendaklah mengeraskan perkataannya tanpa mengangkat suaranya. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan suaranya. Oleh itu, ungkapan yang makruf ialah perkataan yang tidak diingkari oleh syarak dan jiwa.”

4) Imam Abu Bakar ar-Razi yang dikenali dengan al-Jasas berkata di dalam kitabnya Ahkam al-Qur’an, seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya kepada lelaki-lelaki ajnabi dengan gaya yang boleh diingini oleh lelaki yang meragukan niatnya. Ini menunjukkan bahawa hukum itu diumumkan kepada semua perempuan dalam tegahannya berbicara dengan lelaki ajnabi. Adalah lebih baik, seseorang perempuan tidak mengangkat suaranya yang boleh didengari oleh lelaki ajnabi.

5) Imam Ibnu Kathir berkata di dalam tafsirnya, menukilkan perkataan as-Sudi, maksud firman Allah Taala, seseorang perempuan tidak boleh menundukkan suarannya ialah menggunakan suara yang halus, lembut dan lunak ketika berbicara dengan lelaki ajnabi.

Ibnu Zaid berkata, perkataan baik, sopan dan terkenal dengan kebaikan bermakna seseorang perempuan ketika berbicara dengan lelaki ajnabi tidak menggunakan perkataan yang halus dan merdu, iaitu seseorang perempuan tidak berbicara dengan lelaki ajnabi seperti dia berbicara dengan suaminya.

Suka diterangkan disini,perbualan ini tk terhad kepada telefon memandangkan dunia yg semakin canggih.justeru,voice chat,tele-conference,cellphones etc termasuk dlm kategori yg sama. Pesanan, kalau tiada hal yang benar-benar mustahak, tak perlulah berurusan dengan cara yang boleh menimbulkan fitnah dan zina dari segenap aspek.

Orang yang mengatakan tiada nas yang melarang couple atau bercinta itu sebenarnya adalah orang-orang yang JAHIL dan FASIQ. Dia enggan mencari kebenaran, sebaliknya memberi alasan apabila ada pihak yang menasihati.

Maka, secara jelasnya. TIADA JALAN BERCOUPLE DALAM ISLAM. MELAINKAN KAHWIN SAHAJA. KAHWIN ADALAH COUPLE YANG SUCI DAN HALAL.

Note: Alhamdulillah, sudah lama aku tidak mentarbiyah diri dengan artikel ilmu sebegini, sudah lama aku mencari Nas dan Dalil tentang couple itu haram. Sudah lama, alhamdulillah dengan izin Allah swt akhirnya aku menjumpainya. Penulisan ini daripada Ustaz A. Ubaidillah Alias yang masih baru dan mungkin tidak dikenali ramai. Namun, sejak aku pertama kali mendengar ceramah beliau di Masjid Kamil Hassan akhir tahun 2011 baru-baru ini di Pasir Mas, Kelantan. Hati aku terus tertarik pada ulasan beliau.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

29 thoughts on “Mengapa couple Haram, disini disertakan Nas dan Dalilnya”

  1. assalamualaikum… saya ingin bertanya, bagaimana kalau bercinta tapi dia tidak bersentuhan…. sudah setahun kami bercinta tapi tidak bersentuhan… bukan sahaja bersentuhan bahkan, berdating pun tidak pernah… kalau berjalan atau berjumpa pasti ditemani oleh muhrim kami… dan percintaan kami tidak menggunakan kata-kata cinta atau bahasa mudahnya, kami tidak romantik… tujuan kami bercinta hanyalah hendak rapat antara satu sama lain…. adakah ianya masih haram? mohon pencerahan… kalau tidak keberatan, bolehlah hantar e-mail kepada saya….

  2. ASSALAMUALAIKUM,SAYA NAK TNYA SAYA MEMANG BERCOUPLE TAPI KAMI X PERNAH MELAKUKAN PERKARA2 SEPERTI YANG ENCIK NYATAKAN,, KAMI JUMPA PUN 1 KALI BARU,, UMUR SYA 15

    1. Jumpa 1 kali tiada kesan apa2, tapi adik terlalu muda untuk bercouple, belajar dulu untuk masa hadapan yang lebih cerah???

    1. couple 5 jam? erk.. tak da papa rasanya, hm, tapi muda sangat la umur 11 tahun, baru darjah 5, upsr pun belum lagi ni kan..

  3. Adakah berdose couple semase kecil???
    ade 2 sebab
    1-kawan aq tengah couple skang ni n dye baru 11 tahun…
    2-aq pernah couple tapi cakap kat WhatsApp jer tak pon jumpe2 ni…berdose jugak ker camtu…

    Skang aq dah putus mase aq couple tu aq masih 11 tahun…

    Skang ni aq 11 tahun…

  4. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

    Sesungguhnya, aku berlindung dengan kekuasaanMu dari kata-kata yang sesat lagi menyesatkan…

    Assalamualaikum…

    Mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah hukumnya?

    Inilah yang selalu menjadi punca kepada kekeliruan pada setiap remaja yang mula belajar mengenal apa itu erti cinta. Mesti ramai yang tertanya-tanya adakah bercinta itu haram? Apakah hukumnya mengurat? Dan apakah perbezaan antara bercinta dan “couple”? Di sini hendaklah ditegaskan bahawa cinta dan “couple” itu adalah berbeza sama sekali dan tidak ada yang menyamakan sifat-sifat antara dua elemen ini.

    Adalah menjadi satu kewajipan kepada setiap remaja yang bercinta dengan melalui proses mengurat, sama ada lelaki mengurat perempuan atau perempuan mengurat lelaki. Proses ini telah menjadi sesuatu yang lazim dalam kehidupan remaja. Seakan-akan sudah sebati dengan amalan seharian. Jika kita lihat dari pelbagai sudut, ramai remaja yang menyalahertikan apa itu mengurat sehingga kita dapat lihat punca kepada rosaknya akhlak remaja bermula dari mengurat. Salah tanggapan dan salah fahaman terhadap persoalan ini boleh menyebabkan konflik dalam diri remaja muslim.

    Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan cinta itu halal tetapi kebanyakan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun di kalangan ulama fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-Zahiri.

    Sebenarnya mengurat adalah satu perkara yang penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Ini kerana mengurat adalah mukadimah kepada percintaan, percintaan adalah mukadimah kepada perkahwinan, perkahwinan adalah mukadimah kepada penubuhan sesebuah keluarga, dan keluarga adalah mukadimah kepada terbinanya sebuah negara. Di sini jelas menunjukkan mengurat bukanlah sesuatu yang haram. Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan.

    Tetapi mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna jika ia membawa kepada keburukan dan menjadi punca kepada suatu penzinaan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada sesebuah keluarga, bahkan menjadi mukadimah kepada lahirnya anak luar nikah atau mencampakkan anak dalam longkang dan tong sampah. Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dalam Islam.

    Selain itu ingin diingatkan bahawa pada hari ini mengurat dan bercinta itu semua berpunca daripada perasaan emosi dan juga nafsu. Kebiasaannya, tindakan seseorang mengurat dan bercinta itu sebenarnya bertitik tolak dengan perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali untuk mereka melakukan perkara-perkara yang terlarang mahupun dengan kesanggupan kedua-dua belah pihak ataupun tidak. Oleh itu, kepada sesiapa yang telah terlibat dengan anjakan perasaan dan emosi ini harus pandai menggunakan kewarasan akal agar segala batasan dapat dikawal dan tidak melanggar hukum syarak.

    Bagi mengelakkan daripada perkara terkutuk ini berlaku, panduan Rasulullah SAW harus dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan berlebihan dalam mengurat dan bercinta. Malah Baginda menyuruh mereka supaya bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

    Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad SAW membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat yang dipanggil sebagai ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Rasulullah SAW menyuruh Aisyah menghantar seorang yang pandai menyanyikan lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl.

    Baginda berkata: “Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah: Hadis No 1890)

    Ghazl bermaksud mengurat dan ada beberapa hadis nabi ghazl bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam bahasa Arab, ghazl bermaksud ‘lagu dan puisi kasih’. Perkataan arab, ‘Ghaz’ yang membawa maksud nyanyian yang ditujukan kepada wanita. Dari segi bahasa pula bermaksud mainan cinta, ungkapan-ungkapan cinta dan ucapan-ucapan yang diluahkan kepada wanita atau berkata-kata dengan wanita. Ghazl juga dikenali sebagai satu bentuk puisi nasyid iaitu puisi-puisi yang memaparkan kisah percintaan penyair dengan kekasihnya.

    Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, muslim dan lain-lain, Rasulullah mengingatkan supaya seorang penyanyi kerabat baginda bernama Anjasyah supaya tidak berlebih-lebihan dalam mendendangkan lagu-lagu yang berkaitan dengan mengurat dan cinta.

    Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara, cinta kepada kedua ibu-bapa, cinta kepada keluarga dan cinta kepada hambaNya. Sebab itulah Rasulullah SAW menekankan soal mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta.

    Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda:

    “Tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca al-Quran.”

    Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi SAW bersabda tidak akan masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai di antara satu sama lain.

    Remaja bercinta jelas beliau tidak melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, remaja mesti ada tanggungjawab. Remaja mestilah pandai membezakan antara bercinta dan ‘couple’. Seorang remaja yang bertanggungjawab haruslah mencari sesuatu yang diredhai Allah bukan dengan melakukan perkara yang dilarang dalam Islam.

    Waallahu’alam…

  5. setelah lama ak single kini aku tahu kenapa ak tidak terbuka lagi utk couple~
    Alhamdulillah mungkin Allah melarang aku mengenali wanita sekrang ini 🙂
    Aku bersyukur kerana Allah maseh lagi menyekat aku melakukan perkara yg tidak diingini 🙂

Leave a Reply