Bagi anda yang kerja dengan majikan usah risau, majikan anda yang mencarum untuk anda pada setiap bulan selepas dapat gaji. Namun bagi anda yang berkerja sendiri boleh juga mencarum sendiri dengan menggunakan Maybank2u dan buat secara atas talian.

Selepas anda membuat transfer dengan nilaian minima RM50 melalui akaun Maybank2u anda, akaun KWSP ataupun EPF anda akan dikemaskini dengan nilai terkini dalam masa 1-2 hari berkerja.
Cara pantas untuk melihat kemaskini adalah memuat turun aplikasi di dalam peranti pintar anda dan login menggunakan i-akaun KWSP. Sila pastikan anda telahpun mengaktifkan akaun atas talian KWSP untuk membolehkan anda menyemak baki simpanan semasa anda sebelum login pada aplikasi iOS atau Android ataupun melalui laman web KWSP.
Lihat baki EPF di aplikasi iOS

Pada paparan utama diatas, selepas login pada aplikasi iOS, akan terpapar jumlah keseluruhan yang terkumpul daripada akaun 1 dan akaun 2.