Melawat sekolah SMK Taman Jasmin 2

Pada cuti yang lepas dalam 24, 25, 26 november saya sempat membuang masa pergi ke Taman Jasmin, Kajang dimana tempat saya biasa membuang masa atau tempat yang saya selalu berkunjung apabila musim cuti tiba.

Tempat ini merupakan tempat tinggal lama saya semenjak sekolah rendah lagi yaitu semenjak darjah 1 bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kajang (SKK). Tapi bukan sekolah yang saya berkunjung ni.. sekola tu berada berhampiran bandar Kajang.

Tempat ini juga mengandungi terlalu banyak kenangan. kalau nak tulis dalam entri ini rasanya takkan tertulis sebab terlalu banyak suka dan duka. hmm. sehingga keadaan itu mampu membuat hati saya yang keras bertukar jadi sedih. T.T

Kalau saya diberi kesempatan untuk balik ke zaman 5 tahun lalu. sudah tentu saya akan kata ‘Nak!!!’… untuk pengetahuan anda saya merupakan batch pertama pada tahun 2003 @ tingkatan 1 saya masuk sana. masa itu sekolah baru buka (first release). kami merupakan rombongan pertama masuk sekolah ini. masih baru. bau kedai lagi. haha.

hmm. tapi setiap kali saya pergi ke Kajang memang sentiasa menyusahkan kawan saya seorang ni. nama dia Hafiz. kalau pergi taman jasmin memang tak sah kalau tak pergi ke rumah dia. orangnya hensem juga, cuma pencahayaan dalam gambar ni membuat wajah jadi gelap. guna kamera henset murah je.

Sekolah ini sudah banyak berubah. sudah banyak corak² baru ditambah. then tempat perhimpunan pun sudah ada bumbung.

Oklah malas cakap panjang. akhir kata saya memang sangat suka bersekolah disini sebab ramai orang cina. best berkawan dengan mereka.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

6 thoughts on “Melawat sekolah SMK Taman Jasmin 2”

  1. Sepakar-pakar mana seseorang itupun, jikalau hard disk dia ade bad sector, buang je. Mmg dah tak dapat diselamatkan.
    Welcome to the World of Computer~

Leave a Reply