Melangkah arus Remaja & Internet

Sejak kebelakangan ini, saya melihat semakin banyak laman sosial ditubuhkan mengikut peredaran zaman dan perkembangan teknologi ICT, internet broadband, TM Net Streamyx, Maxis Broadband, Celcom Broadband dan macam-macam lagi lah.. Laman sosial kini sudah merebak ke Malaysia.. Bermula dari laman sosial popular dari United State iaitu Friendster, Myspace, High5, Tagged.. dan banyak lagi… jenuh nak menyebut dan mengingat. Kini laman sosial juga sudah merebak di Malaysia walaupun ia tidak sepopular Myspace mahupun Friendster.

Hairannya, remaja kita tidak jenuh, bosan dan penat melayan laman sosial ini.. hari berganti hari bulan berganti bulan tahun berganti tahun.. maka timbullah pelbagai laman sosial di Malaysia. Remaja mudah menerima masuk laman sosial ini tanpa memikirkan kesan sama ada negative mahupun positive. Kerana saya melihat asal sahaja wujud laman sosial baru, remaja kita para muda mudi terus sahaja menyertai laman sosial tersebut dengan niat ingin mencari kawan kerana kesunyian, ingin mencari kawan lama, ingin mencari teman untuk berseronok, bersosial.. yang mereka fikir soronok.. anything for fun tetapi mereka tidak memikir dan mengkaji dengan sedalam-dalamnya risiko untuk terjebak ke dunia maksiat lebih besar peratusnya berbanding ke arah kebaikan apatah lagi mengejar pahala.

Mengikut pengalaman saya, apabila bersosial dalam Myspace terutamanya.. tiada faedah pun. Kata-kata yang sering diucap oleh para remaja sama ada lelaki mahupun perempuan seperti

boyz: hai awak buat ape tu

gurlz: takde buat ape pun, bosan la duk kat rumah..

boyz: kenapa bosan?

gurlz: yela.. takde buat pape.. duk kat rumah.. tgok tv, mkan .. bla3..

boyz: ooh.. awk duk mana?

gurlz: saya duk Peejay..

boyz: oh.. dekat je tu dgn rumah saya, saya duk kat Subang

gurlz: la dekat tu… huhu

boyz: jom saya ajak awk kuar?

Ok dah dah… Diatas tu contoh perbualan di Myspace dan banyak lagi.. ruangan chatting pun banyak juga. Bagaimanapun bila lihat perbualan seperti itu, tahu-tahu aje la.. siapa masuk perangkap siapa. Tapi tu kes selepas-selepas.. yang ingin dikatanya.. jika kita berbual seperti diatas ia boleh jatuh zina walaupun tidak bersua muka. Kerana zina ini ada pelbagai jenis bukan takat keluar berdua-duaan diantara lelaki dan perempuan bukan mahram sama ada berbual di ruangan cyber, bermesej (SMS) yang tidak mendatangkan faedah tetapi hanya semata-mata kerana keseronokan, menghilangkan rasa bosan, mengisi masa lapang dan banyak lagi. Kebanyakan mereka ini ingin mencari teman hidup beristilahkan boyfriend & girlfriend mahupun couple.

Budaya sebegini bukan datang daripada Agama Islam! Tetapi budaya ini dari agama Kristian, Yahudi. Mereka inilah yang menyebarkan budaya sebegini. Semenjak beberapa tahun yang lalu, kerana budaya ini bukan baru wujud di jiwa remaja melayu Islam..tetapi sudah lama wujud..kerana ia sudah lama berada.. lama kelamaan ia menjadi suatu kebiasaan kerena kita umat Islam tidak membendungnya dari awal. Apa sebut sahaja mengenai ingin memboikot barangan Amerika.. semata-mata ingin menjatuhkan ekonomi mereka. Tetapi sebenarnya dari jauh Yahudi ini hanya tersenyum melihat dari jauh melihat umat Islam. Kerana apa? kerana kita tidak mampu memboikot bukan sahaja barangan.. tetapi yang paling penting dasar pemerintahan negara.. ekonomi.. hukum-hakam negara kita pentadbiran. Kita tolak Islam, kita tolak apa yang diperintahkan oleh Islam supaya melaksanakan segala-galanya berlandaskan hanya satu iaitu Al-Quran dan Hadith. Ini sahaja.. tetapi kenapa kita sukar untuk mengubah.. kerana mereka sudah lama meresap masuk ke dalam jika kita melalui bermacam-macam.

Antaranya hiburan 95%.. ekonomi terdapat Riba.. iaitu interest yang tinggi.. amalan rasuah itu dan ini. Di media seperti tv terutamanya.. terlampau banyak iklan yang berunsur hiburan.. bagi mengaut keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan akibat dan kesannya terhadap remaja Melayu yang beragama Islam. Dalam masa yang sama iklan KFC dan produk-produk lain masih giat di iklankan. Jika inilah rialitinya.. tak usahlah bercakap mengenai memboikot.. hanya hangat-hangat tahi ayam…

Wasalam

Berkhidmat untuk Islam.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

4 thoughts on “Melangkah arus Remaja & Internet”

    1. haha.. perbualan yg biasa dilihat pd laman sosial..
      Nikubes pun ade gak akaun kat sana.. tapi jarang sgt online.. bohsan..
      kalau nak stay connect with friends.. just sms atau YM jer..

Leave a Reply