Masjid Kampung Hulu – Melaka

photo

Ahad, hujung minggu azan maghrib hampir tiba abah singgah ke Masjid yang terletak dibandar lama, Masjid Kampung Hulu yang berusia 400 tahun yang diketahui masjid ini dibina semenjak kedatangan awal Islam di Melaka suatu ketika dahulu. Sudah menjadi rutin harian apabila hampir waktu solat fardhu abah akan segera mencari masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Inilah amalan kami sekeluarga apabila berjalan dimana-mana sahaja.

Pada hari ini secara tiba-tiba abah singgah ke masjid lama ini untuk berjemaah, katanya apabila selepas solat maghrib buatlah solat hajat dua rakaat minta apa yang perlu. Pertama kali singgah masjid ini tidak boleh dimasuki tempat asalnya, namun disediakan ruang di tingkat atas untuk menunaikan solat.

Apabila lihat tempat ambil wuduk, terdapat kolah dibahagi dua bahagian, disinilah tempat mengambil wuduk untuk jemaah yang singgah.

Bahagian luar masjid, kelihatan proses pengubahsuaian sedang dalam proses bertujuan untuk baik pulih sekitar dan dalaman masjid.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply