Masa berlalu begitu pantas

Hmmm, sejak akhir-akhir ini saya banyak termenung memikirkan sesuatu. Sesuatu yang membawa kelainan dalam diri. Rasa ini amat sukar ditafsir. Ia suatu perasaan yang unik.

Dari jauh saya termenung, melihat pohon-pohon bunga. Saya tidak tahu mengapa semenjak akhir-akhir ini saya mulai tertarik dengan pepohon bunga. Ada sesuatu yang telah mengusik jiwa. Namun ini masih menjadi tanda tanya.

Ya saya sudah dilamun Cinta (mungkin?) *Haha!. Jika dahulu saya memang tidak ingin dan tidak pernah terlintas di fikiran ingin bercinta. Apatah lagi untuk berkahwin.

Saya pernah berkata pada umi, bahawa saya tak mahu berkahwin langsung! Ingin menjaga keluarga sehingga akhir hayat. Namun ini kata-kata semasa saya kecil dahulu. Namun kini sudah berubah sebaliknya.

Perasaan istimewa ini sudah lama sebenarnya, semasa saya berumur 14 tahun di tingkatan 2. Masa itu saya berada di kantin sekolah. Ingin membeli kuih-muih. Secara tidak sengaja, mata ini terlihat pada seorang budak perempuan. Wajahnya putih bersih. serta bertudung. Hati berkata indahnya wajahnya, kacukan cina pula tu. Terus terniat, andai aku dapat memperisterikannya suatu hari nanti..

fikiran terhenti…

Lalu terlintas di benak fikiran. Sekarang sudah pun hampir masuk bulan Oktober. Hmm.. Ada apa pada bulan ini? Tidak lain dan tidak bukan ulang tahun kelahiranku yang ke 20. Saya merasakan masa itu berlalu terlalu pantas. Sehinggakan saya hampir tidak dapat mengejarnya.

Tiba-tiba jari jemari diangkat dengan perlahan. Melihat sebelah kanan. Kira-kira ada 5 jari. Lalu pandangan mataku memandang tempat lain. Hati berbisik, ada apa dengan nombor 5?

Oh ya! Lima tahun akan datang apa akan terjadi pada diriku? Apakah masih seperti ini (sekarang) ? Fikiran berjalan dan terbang sebentar.

Hasrat dihati ingin mencuba sesuatu yang baru sebelum umur menjelang 25 tahun nanti. Hati berkata, tudung! Ya benar saya ingin mencuba secara bersahaja ingin menceburi perniagaan tudung pula sekiranya tiada apa-apa.

Hal ini sudah saya maklumkan kepada umi dan abah, dan mereka sudah memberikan lampu hijau. Umi pula menunjukkan minat dan telah memberikan saya beberapa keratan iklan tudung yang terdapat pada kertas iklan semasa.

Inilah impian ‘cuba-cuba’ saya selepas mid-exam habis nanti. Sila doakan terbaik untuk saya, meskipun saya coretkan entri ini sorang-sorang dalam bilik. Dan tidak pernah mengharapkan kritikan. Terima kasih kerana sudi..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

2 thoughts on “Masa berlalu begitu pantas”

Leave a Reply