Malu tidak bertempat?

Nik pasti, semua manusia atas muka bumi yang indah ini semestinya ada perasaan malu.. cuma perasaan malu pada diri seseorang itu mungkin hanya 60%? atau 90% ? atau 40% ? ia bergantung pada diri seseorang, latar belakang, kehidupan seseorang, dan budaya hidup seseorang.. tapi bagi saya perasaan malu ini penting pada diri seseorang manusia kerana dengan adanya perasaan malu ni kita boleh mengelak dari perkara tidak baik, seperti malu nak buat jahat dan sebagainya.

Okey, macam mana dengan kisah malu tidak bertempat? Biasanya malu tidak bertempat ini seperti malu bertanya sesuatu di dalam kelas semasa kelas sedang berjalan.. seperti malu bertanyakan apa yang tidak faham diajar oleh lecture, diajar oleh guru, oleh cikgu.. dan sebagainya.. Okey.. topik ni saya buka kerana ia berkaitan dengan diri saya, saya ni sebenarnya pemalu.. (huhu) boleh bercaya ke? Bagi yang berkawan dengan saya, yang pernah berjumpa dengan saya, yang pernah berbual-bual dengan saya.. yang belajar di satu kelas dengan saya, yang pernah mengikuti beberapa program di kolej dan saya ada menyertainya sekali.. sudah pasti anda dapat mengetahui siapa saya..

Saya ni jenis tidak suka bercakap banyak, terutamanya dengan perempuan la.. kalau boleh nak mengelak dari bercakap dengan perempuan. Tak tahulah kenapa dengan saya ni.. ada orang cakap saya ni terlalu compleks.. Masa saya di bangku sekolah menengah dahulu, susah sangat nak bertegur siapa dengan kaum hawa ni.. sebabnya apabila sahaja nak menyebut perkataan.. mulut akan menjadi gagap.. so dalam masa yang sama ada juga terasa diri ini terlepas dari mengucapkan sesuatu, seperti tiada keyakinan diri.. aduhai.. mengeluh sendirian..

tetapi alhamdulillah la.. bila masuk kolej ni boleh la berbual sikit-sikit dengan kaum hawa ni.. terasa happy sikit.. tu pun ada sedikit malu juga.. Saya ada nak tegur sorang student SSK ni yang menyertai sekali di Portdickson baru-baru ni di kolej, dia orang kelantan tapi tak tahu nama la.. , tetapi tak tertegur jugak.. hanya tengok jauh-jauh aje.. rasa serba salah laaa nak tegur.. aduhai diri ini.. adakah ini dikatakan malu tidak bertempat?

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

6 thoughts on “Malu tidak bertempat?”

  1. hehe..sy ok je klu org yg lain klas tegur…  yg penting bukannye ade niat ape2..hehe…. tp betul arr…sy dulu pemalu ..skrg bukanlah tak malu langsung(weiii jgn salah fhm wooo…) tp malu bertempat beb..:)

  2. huhu..percaya tak dulu sy seorg yg sgt pemalu tahap maksimum?? tp Alhamdulillah,makin meningkat umur sy..makin sy punyai tahap keyakinan…hihi..perempuan takkan tegur lelaki dulu dlm real life…klu nk becakap dgn girl in real life lelaki la kene mulakan dulu…tegur je…tp kene taula girl tu jenis yg camne sbb ade gak girl yg cpt slh fhm..tp ade gak yg open n ta kisah utk bekawan..hehe… yayaya..kene mulakan bersuara…jgn jd terlalu pendiam..kite kene always be positive..:)

    secret_white’s last blog post..“Kalaulah mama adik masih ada…”

Leave a Reply