Makin berjauhan denganmu belog

“tik.. tik.. tik..”… jarum saat pada jam dinding berputar tanpa kenal erti lelah..

“hmmmmmm”, aku hanya mampu mengeluh sendirian.. hanya seorang didalam bilik..

“Arrrrrrgghh, Ya Allah sibuknya aku sekarang!!”, itu yang mampu aku luahkan didalam hati..

Inilah aku, yang makin hari makin sibuk dengan bermacam-macam jenis perkara, bermula daripada asignment, revision,  persediaan final exam yang akan datang dalam bulan May nanti. Jika sebelum ini aku hanya membuang masa dengan laptop mencari itu dan ini, seperti mencuba bangunkan laman web baru, mencuba itu dan ini.. semuanya berada dalam internet..

Masih teringat waktu itu, dikala aku membuang masa dihadapan laptop kira-kira setahun..aku banyak mempelajari perkara baru seperti membangunkan laman web, belog.. dan banyak lagi.. dan sekarang aku seorang IM secara partime, dan seorang pelajar sepenuh masa…

Makinku lihat belog ini, makin bertambah sayang aku kepadanya.. kerana disinilah aku banyak meluangkan masa apabila aku on kan switch modem internet, disinilah tempat aku melepak, disinilah tempat aku meluahkan segala perasaan terpendam, disinilah tempat aku berkongsi segala pandangan, masalah.. buah fikiran..

Belong ini ibarat kekasih aku di alam maya, namun malangnya ia hanya mampu menerima.. tapi tidak mampu memberi.. kerana belong bukanlah seorang manusia.. ia hanya satu script yang dicipta oleh manusia.. dan digunakan untuk menulis belog.. seperti jari aku yang sedang galak menaip sekarang…

Belong ini juga sama seperti tuannya, jika tuannya masih hidup… maka hiduplah belog ini. Jika dia pergi mengadap ilahi… Ia pun pergi meninggalkan semuanya.. tanpa menanti dan dinanti..

Aku terasa amat bersyukur, kerana aku mengenali dan memasuki dunia belog sejak aku tamat tingkatan 5 lagi.. Jika tidak mungkin aku melakukan perkara yang sia-sia di internet…

Sudah masak aku dengan karenah internet ini, daripada semua jenis penipuan, laman sosial.. dan banyak lagi… semunya aku tahu dimana baik dan buruknya.. Masa itu banyak mengajar aku tentang dunia internet.. banyak yang telah dipelajari… terima kasih..

Alhamdulillah juga aku tidak terlalu taksub dengan benda-benda lagha di alam maya ini… jika tidak tentu aku tidak sampai ke tahap ini.. yang aku impikan semenjak kecil…. terima kasih..

“Okeylah belog”, aku memujuk..

“kita jumpa lagi bila keluangan masa nanti.. sabar menanti ya??”, ku lontarkan sebuah senyuman mesra….

jumpa lagi….

“klik shut down”…

suis padam…

..

.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

4 thoughts on “Makin berjauhan denganmu belog”

  1. Rakan terbaik bagi seseorang manusia itu yang tidak sosial adalah sebuah komputer. Rakan bagi sesebuah komputer itu adalah internet. Rakan bagi internet adalah ilmu manakala ilmu tidak datang dengan pangilan tetapi datang dengan usaha. Usaha adalah rakan bagi seseorang yang menyukai komputer dan sabar pula adalah teman rapat bagi usaha. Mereka juga memerlukan seorang kawan karib iaitu penghawa dingin. Sekiranya anda bertanyakan apakah kawan paling rapad bagi seorang pengemar komputer sudah pasti mereka akan menjawab “Penghawa dingin adalah kawan saya”.

Leave a Reply