Laman web: Bagaimana elak dari diceroboh?

Rahsiakan password, ingat sentiasa

Perkara yang paling penting adalah sentiasa rahsiakan katalaluan anda. Jika anda mesti berikan kata laluan kepada seseorang, elakkan berkongsi dengan ramai orang. Pastikan anda tukar kembali kata laluan selepas mereka selesai guna pengaksesan tersebut. Elakkan juga salin kata laluan pada text dokumen (plain text). Anda disarankan supaya kemaskini kata laluan anda secara kerap, contohnya seminggu sekali, paling malas pun sebulan sekali.

Komputer anda, bebas dari virus?

Selain daripada itu, perlu dipastikan komputer peribadi anda bebas daripada sebarang virus, trojan, keylogger dan lain lain. Pastikan juga, aplikasi laman web anda sentiasa dikemaskini kepada versi terkini. Seperti aplikasi blog, forum dan shopping cart dan lain lain.

Folder permission, perlu dijaga

Sila pastikan juga kebenaran (permission) yang terdapat pada folder tidak boleh dibaca. Biasanya menggunakan 775 atau 644, boleh semak perkara ini pada ‘File Manager’ anda. Biasanya pengguna suka menggunakan 777 kerana ia lebih mudah dan tidak leceh, tapi ketahuilah angka ini membenarkan folder membenarkan secara ‘group’ dan ‘world’ untuk edit balik dengan mudah file tersebut.

Perlu sentiasa maintain, sentiasa beringat

Elakkan dari membiarkan aplikasi web yang tidak digunakan berada pada ‘File Manager’. Kerana setiap script / aplikasi web ini perlu sentiasa di maintain / update, jika tidak berbuat demikian anda akan membiarkan script yang outdate dan akan menyebabkan berlakunya kelemahan keselamatan (pada security). Akan menjejaskan tahap keselamatan akaun anda. Jika anda tidak lagi perlukannya, jalan terbaik adalah buat backup dan simpan pada komputer anda. Jangan lupa buang terus script tadi pada ‘File Manager’ anda.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply