Krim Ubat Gatal Kulit Zaricort yang biasa saya guna

Hari ini saya mahu kongsikan ubat gatal untuk disapukan pada kulit.

Ubat ini biasanya saya akan gunakan pada bahagian berhampiran dengan punggung, kerana bahagian itu kerap rasa gatal dan kawasan yang terperap dan memerlukan penjagaan yang lebih.

Bagi korang yang berkerja di pejabat dalam penghawa dingin, dan lama duduk atas kerusi pejabat, dan ada rasa gatal-gatal berhampiran bontot, sapulah ubat ini dikawasan berhampiran dan berkenaan semasa sebelum pakai seluar dalam. Bagi mengelakkan rasa gatal berterusan.

Ubat ini saya dah pun pakai setahun lebih dan boleh didapati di Farmasi, tapi bukan di Watsons.

Cara sapu, kalau boleh gunakanlah cotton bud, ataupun putik kapas. Cara ini untuk kebersihan penggunaan.

So far saya pakai mujarab untuk kulit sensitif dan gatal pada bahagian tertutup berhampiran atas bontot. Selamat mencuba.

Ubat Gatal

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply