Korban sesuatu untuk sesuatu

Apabila kita hidup dalam dunia ini.. bermacam-macam perkara yang akan kita lalui.. untuk mendapatkan sesuatu. Sebagai contoh mudah, kita ingin mula bisnes sendiri di usia mudah pada 21 tahun contohnya, jika ingin berjaya kita mesti membuat suatu pengorbanan. Ini mesti jika kamu yakin dan serius bagi mencapai matlamat!

Antara pengorbanan adalah, (contohnya) kamu akan bertindak berhenti belajar secara formal, untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan kamu. Untuk mendapatkan sesuatu, kita terpaksa mengorbankan sesuatu. Bukan semuanya kita boleh ambil.. kecuali pertukaran pengorbanan..

Apabila disebut pengorbanan, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh semua orang, kerana kamu akan berhadapan dengan risiko. Namun jika matlamat kamu jelas, dan kamu sudah nampak kejayaan yang kamu akan perolehi jika kamu membuat pengorbanan tersebut.. jadi ia tidak akan menjadi masalah buat kamu.

Orang yang berjaya berkorban adalah mereka yang yakin dan mempunyai matlamat yang jelas akan sesuatu tindakan mereka. Tidak kiralah jika pengorbanan tersebut akan menyebabkan kamu akan menerima beberapa dugaan dalam jangka masa yang pendek, yang penting untuk jangka masa yang panjang itu masa depan kamu akan menjadi baik.

Manakala orang yang berfikir berbelah bahagi pula kerana mereka ini tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk membuat pengorbanan, kamu gagal meyakinkan diri sendiri apa yang penting terhadap sesuatu tindakan tersebut. Jika kamu gagal meyakinkan diri kamu, macam mana kamu ingin meyakinkan orang yang berada disekeliling kamu?

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply