Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2

Bismillah hirahman nirohim.. alhamdulillah saya diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menonton Filem Ketika Cinta Bertasbih episod 1 hingga 2 yang diambil daripada penulis novel Habiburrahman El Shirazy dan dilakonkan semula pada filem. Saya amat teruja dengan jalan ceritanya memaparkan perihal cinta dan kekeluargaan mengikut Al-Quran serta Hadis Nabi s.a.w. Peratusan filem ini berikan 98% kerana ada beberapa part mungkin tidak mengikut sunnah Nabi s.a.w. Namun begitu secara keseluruhannya saya mendapat banyak ilmu daripada tontonan filem ini sedikit sebanyak dapat mengisi kekosongan hati saya mengenai Cinta diatara Muslim dan Muslimah.

Filem ini amat bagus jika ditonton oleh remaja-remaja yang diluar sana yang sedang hangat bercinta, kerana filem ini boleh dikatakan lengkap tentang percintaan berlandaskan Islam..insyaAllah mudah-mudahan dengan menonton filem ini anda semua mendapat ilmu percintaan berlandaskan syariat.

Filem ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri, antaranya mempunyai latar music yang sungguh serasi mengikut situasi dan keadaannya.. pandai music manager membuat dan memasukkan latar music mengikut daripada babak ke babak yang lain. Selain itu ada juga babak-babak lucu diselitkan pada bahagian tertentu bagi menceriakan lagi. Babak ini selalu dimainkan oleh adik-adik Mas Azzam yang pastinya comel-comel belaka. Mari layan Intronya…

Alhamdulillah, betapa tertariknya selepas melihat intro tadi bukan??.. Jika anda tidak tertarik dengan video diatas ini..tidak terdetik dihati ingin menonton filemnya ada yang tidak kena dengan diri anda.. renungkanlah.. ^__^”

InsyaAllah jika ada rezeki lebih teringin juga membeli novelnya, memang nampak banyak sekali dijual di kedai-kedai buku.. Tidak sabar ku ingin memilikinya..

Seperti sebelum ini saya sudah melihat filem ayat-ayat cinta, namun masih belum memiliki novelnya lagi. Namun jika dibandingkan Filem Ayat-Ayat Cinta dengan Filem Ketika Cinta Bertasbih ini ada perbezaannya..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

10 thoughts on “Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2”

    1. yup, best sgt2.. rugi kalau tak tengok.. nanti free2.. download la.. kalau nak email je aku, aku bagi linknya 🙂

Leave a Reply