Kesilapan kerap remaja Melayu Islam mengenai Aurat

muslimah_cDi manakah kesilapan menutup aurat wanita hari ini? Jawabnya seperti berikut;

KESALAHAN PERTAMA: Aurat itu hanya sekadar memakai tudung dikepala sahaja.

KESALAHAN KE-DUA: Bertudung tetapi ber”T-Shirt” berlengan pendek.

KESALAHAN KE-TIGA: Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KE-EMPAT: Bertudung tetapi bajunya sendat, sendat, nipis lalu memaparkan bentuk dan kawasan yang “menggoda”.

KESALAHAN KE-LIMA: Bertudung tetapi sangat longgar dan menayang jambul serta hujung rambutnya.

KESALAHAN KE-ENAM: Bertudung tetapi hanya memakai di pejabat, sekolah dan kolej sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KE-TUJUH: Bertudung tetapi tudungnya dilempar di atas bahu. Maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KE-LAPAN: Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja.  Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya daripada firman Allah s.w.t  maksudnya:

“Janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir”. (An-nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak ditutup oleh pakaian atau baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurup Syeikh Dr Yusof  Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa sahaja yang dipakai berhias untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up, dan sebagainya.

Dalam ayat diatas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberi pengecualian melainkan apa yang terzahir olehnya. Oleh kerana itu para ulama kemudia berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat rapat Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam mentafsirkan apa yang terzahir itu adalah celak dan cincin. Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihat juga kedua tempatnya, pakaiannya iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh Ulama Tabi’en seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’I dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummu Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat, Dengan demikian, maka tempat letak gelang itu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai siku, masih diperselisihkan. Seeloknya dijauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Yusof Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah dipipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali didalam rumah. Sebab perempuan-perempuan  sekarang memakai semua itu diluar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah HARAM.

normal_tudung_cNamun kiranya sempurnya mungkin seseorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajah itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerosakan dan banyaknya kefasikan dizaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat di khuwatiri akan menimbulkan fitnah.

“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya, kecuali terhadap suami dan ayahnya.” (An-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan mu’minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasanya yang seharusnya disembunyikan, misalnya perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul), perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada lelaki-lelaki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil Al-Quran dan Al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti buah dada,  paha dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda;

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum saya lihat keduanya itu:

1)      Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);

2)      Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga serta tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu boleh tercium dari jauh (Riwayat Hadis Muslim).

Mereka dikatakan berpakaian, kerana mereka memang melilit pakaian tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka itu dikatakan ‘telanjang’ , kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. (Al Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar, rambut orang perempuan seperti punuk unta tersebut kerana ramputnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut,  dengan pelbagai bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula bekerja di salon seperti ini.

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abu Bakar pernah masuk dirumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulinya. Kemudian baginda s.a.w berpaling dan mengatakan;

“Hai Asma! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihat tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjukkan muka dan dua tapak tangannya. (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuatkan dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan kedua tapak tangan ketika yakni tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita yang tidak berseluar panjang (disebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KE-SEPULUH:  Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-menjakan soaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi atau bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada diatas pentas dengan pakaian canggih seribu mata lelaki yang memandang kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan rosak hatinya dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari firman Allah s.w.t:

Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (Al-Ahzab: 32)

 

About Nik Hamizan Hazwan

Howdy people! Call Me Hazwan. Follow me on https://twitter.com/nikmhazwan
This entry was posted in Agama and tagged , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Kesilapan kerap remaja Melayu Islam mengenai Aurat

  1. Nina says:

    Saya jadikan gambar tu sbg cover utk pamplet tutup aurat.edaran utk umum. semoga ada pahala yang berterusan untuk awak. ameen…

  2. Nina says:

    Salam.

    Mohon izin utk gunakan gambar ‘awak muslimah’ tu untuk flyers kempen tutup aurat.

    jzkk.

  3. azizah says:

    teruskan usaha anda,remaja khususnya perempuan haruslah kembali ke fahaman yang betul…………jangan biarkan diri terpengaruh dgn fesyen pkaian barat………… ^_happy

  4. Betul.. Betul.. Betul..

  5. loq says:

    ya…setuju sangat dengan post nih

Leave a Reply