Kesan negative webhosting menawarkan space besar

shared_300gbsJika dilihatkan kebanyakan webhosting provider terutama dari Malaysia yang menawarkan ruangan storage/simpanan amat besar sehingga menjangkau 300GB, 250GB mahupun 100GB. Tetapi yang paling banyak 300GB. Jika diikutkan secara logik, hosting provider yang stabil sudah semestinya menggunakan Dedicated Server untuk menjual ‘Shared’ hosting.

Mengikut dari pengalaman dan hasil pengkajian, Dedcated Server kebiasaannya menyediakan ruang sebanyak 500GB Space sahaja bagi setiap Dedicated Server.. tetapi ini standard storage. Bagi yang high-standard 1000GB = 1 Terabyte (1TB), itupun masih belum mencukupi jika ia menawarkan 300GB ‘shared’ bagi setiap langganan dengan harga RM199 hingga RM299 Setahun.

shared_300gbSelain itu juga, mengikut pemahaman saya.. mereka ini menjual storage server mereka tanpa menghiraukan ‘limitation’ yang ada pada server mereka sendiri. Dengan kata lain boleh dipanggil ‘Overselling’.. perkataan ini saya paling tidak suka kerana mereka menjual lebih pada kemampuan sesuatu server. Keburukannya ialah.. server akan senantiasa ‘down’ lambat ‘load’ dan sebagainya. Paling tinggi yang boleh dipercayai ‘maximum’ 10GB (personally). Kerana setiap server mempunyai kemampuannya yang tersendiri.

Namun saya tidak akan mengatakan hosting provider mana yang lakukan sebegini..anda buatlah research sendiri dan belajar dari pemerhatian.

Ini sahaja perkongsian untuk hari ini.. Jumpa lagi!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

3 thoughts on “Kesan negative webhosting menawarkan space besar”

  1. Haha.. who do this, will be suck.. trust me.. and you r right.. nikuve lupe psl bandwidth, tu pun main peranan untuk case server down & crash..

Leave a Reply