Kesan negatif kenaikan harga petrol

Sejak dalam beberapa bulan ini sungguh indah khabar berita daripada pelbagai pihak. Antara salah satu isu yang menjadi perhatian saya adalah isu kenaikan harga minyak yang semakin meningkat pada setiap bulan.

Kenaikan harga RON97 begitu tinggi sehingga mencecah RM2.90 seliter setakat ini. Selain daripada itu, terdapat khabar berita bahawa harga RON95 juga dalam proses untuk dinaikkan juga.

Seperti sedia maklum, minyak petrol merupakan keperluan utama yang diperlukan bagi menggerakkan sebuah kenderaan yang bernama kereta dan motor. Hampir semua rakyat di Malaysia memerlukan kenderaan bagi memudahkan mereka ke tempat kerja seharian.

Dengan kereta juga para Isteri akan menggunakan untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan sebagainya. Secara ringkasnya pada zaman ini kenderaan seperti kereta merupakan keperluan pada zaman sekarang.

Kesan buruk pada institusi Keluarga

Kerana tekanan kewangan yang semakin menekan, sudah pasti ibu atau bapa yang jika sebelumnya berkerja sudah memadai pada siang hari sehingga ke belah petang namun keadaan ini telah merubah segalanya sehingga terpaksa berkerja pada sebelah malam untuk mencari pendapatan tambahan.

Kesan daripada itu, anak-anak tiada tempat lain untuk menerima kasih sayang daripada keluarga. Jika sebelumnya mereka dapat meluangkan masa bersama-sama pada sebelah malam, namun kini tidak seperti itu lagi. Kasih sayang sudah terhakis. Huh!

Bapa selalunya akan mudah marah. Contohnya, akan mengungkit. Jangan selalu keluar naik kereta, banyak guna petrol. Sedangkan si anak ingin pergi membeli kelengkapan belajar (Contohnya).

Ibu bapa mudah menyalahkan anak-anak kerana melakukan kesilapan kecil. Contohnya, terlalu banyak memasang lampu dan sebagainya. Jika sebelumnya tiada masalah. Kini timbul masalah.

Masalah Sosial

Kesan daripada kurang perhatian daripada keluarga, para remaja belia akan mencari perhatian daripada siapa lagi jika tidak dari kawan-kawan mereka, kerana tersilap pilih disitulah wujudnya gejala sosial.

Secara psikologinya, manusia inginkan perhatian daripada orang lain untuk teruskan hidup. Ini merupakan fitrah semulajadi manusia.

Jenayah makin meningkat, berlakunya kes ragut, pecah rumah, rogol dan bunuh. Ia berlaku kerana daripada tekanan hidup yang semakin hari semakin menekan. Kes samun dan rompak bank. Ini merupakan jalan mudah tanpa fikir panjang. Nak fikir panjang macam mana mereka ini sudah tidak dapat berfikir dengan waras akibat tekanan hidup?

Tugas polis pula menjadi makin berat, kerana kadar jenayah makin meningkat. Lalu polis juga tertekan, kerana mereka juga manusia. Kerja yang mereka lakukan tidak berbaloi dengan gaji yang mereka perolehi dengan apa yang mereka kerjakan lalu berlakulah amalan Rasuah. Rasuah merupakan amalan yang mudah untuk menerima duit tanpa perlu berkerja keras. Dan juga berlakulah bermacam-macam kerosakan yang lain.

Perubahan peribadi

Jika individu tersebut merupakan kaki Masjid atau Surau, semenjak kenaikan segala harga barang, telah menimbulkan kegusaran kepada mereka dan menyebabkan solat berjemaah (lebih afdhal) telah ditinggalkan secara perlahan.

Orang yang kuat pegangan agamanya mudah kata meraka ini tidak istiqamah, namun kita mesti fikir daripada sudut yang berbeza. Tidak semua orang mampu mengharungi dugaan kewangan yang berat seperti ini.

Setiap individu mempunyai masalah masing-masing dalam soal kewangan. Jika anda seorang yang kaya harta.  Naik berapa ringgit pun tidak kesah, namun terfikirkah anda pada golongan rakyat bawahan seperti pemandu teksi, nelayan, pekebun yang mungkin mereka ini kais pagi makan pagi kais petang makan petang?

Kesimpulan

Saya mungkin tidak dapat melengkapkan penulisan ini, kerana jika diikutkan banyak lagi perkara yang saya ingin masukkan, yang lain tu para pembaca yang peka dan sedar fikir-fikirlah sendiri. Kita ni manusia, tiada perasaan ihsan dan kesiankah pada mereka yang susah-susah ini?

Nabi Muhammad pernah penyebut: “Tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana dia tidak mempedulikan hal-hal saudara seIslam mereka”..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

7 thoughts on “Kesan negatif kenaikan harga petrol”

  1. Bukan itu sahaja, malah kenaikan harga minyak menyebabkan harga barang keeperluan meningkat. Ibu bapa pula terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli barang keperluan harian.
    Tambang pengangkutan pula sudah pasti akan meningkat berlipat kali ganda. Tak mustahil suatu hari nanti kita akan berjalan kaki untuk ke tempat kerja.
    Keamanan negara turut tergugat. Buktinya, lihatlah pemberontakan yang diadakan oleh segelintir masyarakat yang tidak puas hati dengan perkara ini.
    Semoga kerajaan dapat mengawal kenaikan harga minyak.

  2. keputusan tidak menaikkan harga minyak hanyalah mainan politik semata-mata, al maklum la pilihan raya dah nak dekat… 😛

  3. Kesan positifnya pula disebabkan harga oetrol naik maka mat rempit tiada, beban kerajaan dalam pemberian subsidi akan berkurangan dan kerajaam dapat memberi fokus pada subsidi yang lain seperti subsidi buku teks untuk para pelajar sekolah, gula, minyak masak, dan bahan mentah yang lain. Selain daripada itu, pada masa sekarang, pemberian subsidi adalah tidak adil kerana tiada mekanisma yang betul untuk mengagihkan pemberian subsidi petrol. Dengan itu, semua golongan termasuk golongan atasan atau mereka yang berpendapatan tinggi masih dapat menikmati subsidi yang dikhususkan pada golongan rendah. Malahan juga tiada penyeludupan berlaku. Tidak kurang juga, adalah lebih adik sekiranya subsidi dapat dikurangkan kerana negara jiran kita sememangnya mengikut harga pasaran dunia petrol sedangkan hanya kerajaan kita sahaja yang memberi subsidi petrolium. Dengan kata lain, bukan kerajaan yang tidak adil atau bertimbang rasa tetapi rakyatnya sendiri bersikap kejam terhadap kerajaan mereka. Sudahlah diberi peha, betis pula diminta.

Leave a Reply