Kesan Jenayah Siber

Maklumat-maklumat peribadi atau sulit terdedah

– pada masa kini banyak sistem ICT digunakan. Ini kerana melalui intenet, kita tidak perlu keluar dari rumah untuk menyelesaikan urusan. Kebanyakan sistem ICT ini digunakan oleh kerajaan dan maklumat-maklumat ini mudah terdedah. Antara sistem ICT yang digunakan oleh kerajaan ialah e-kerajaan, e-perolehan, e-kesihatan, dan sebagainya.

– Sistem perbankan, sistem perdagangan seperti bursa saham juga menghadapi masalah yang sama. Selagi masalah ini tidak diselesaikan dengan sistematik dan bersepadu, ini akan menjejaskan keyakinan pengguna dan pelabur antarabangsa.

Kerugian syarikat serta pengguna internet akibat jenayah siber.

– penyebaran virus, penggodaman, pencerobohan dan pengganasan merugikan syarikat dan pengguna internet. Ini disebabkan virus mampu melumpuhkan sistem komputer. Ada yang boleh dipulihkan, tetapi hanya sebahagian sahaja. Ada juga yang tidak dapat diselamatkan dan dipadamkan oleh virus seperti virus Trojan.

– penggodaman pula akan menyebabkan kandungan komputer kita terdedah juga berjaya digodamkan dan kita tidak akan dapat menjejak pengodam tersebut. Jika kandungan komputer kita adalah sulit maka kita yang akan menghadapi kerugian. Penggodaman juga dapat mengawal komputer kita dan kemungkinan besar kita akan terlibat dalam jenayah jika berjaya dikawal.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

4 thoughts on “Kesan Jenayah Siber”

Leave a Reply