Kerosakan yang berlaku di muka Bumi berpunca dari Lelaki?

muslim manPicture credit: noushadali

Jika di perhalusi dengan secara halus-sehalusnya dan mengikut pemerhatian saya sendiri, kebanyakan kerosakan yang berlaku di atas muka bumi ini kebanyakannya berpunca daripada lelaki. Kerosakan ini daripada pelbagai aspek yang paling utama sudah tentunya aspek agama dan di ikuti dengan perkara-perkara yang lain.

Apabila di sebut lelaki, golongan ini sebenarnya golongan yang paling bertuah yang diberikan oleh tuhan yakni Allah s.w.t kerana lelaki diberikan tanggungjawab sebagai pemimpin, pelindung golongan yang lemah dan amat mahal nilainya untuk dimiliki *golongan hawa – kaum wanita*, dan banyak lagi. Semua yang menjadi ‘ketua’ di dalam sesuatu persatuan, pertubuhan, pembimbing, webmaster, dan apa jual bidang dan kerjaya sekalipun semua insan yang diberi nama ‘lelaki’ yang memikul tanggungjawab ini *tidak termasuk melahirkan anak* namun ‘lelaki’ juga perlu ada disisi isteri.

Boleh dikatakan rosaknya akhlak seseorang lelaki boleh menjejaskan sesebuah negara dan apa yang sedang di pimpin olehnya. Bangun jatuh agama di dalam sebuah negara juga kaum lelaki inilah yang memainkan peranan. Tanpa mereka sukar agama ingin di tegakkan walaupun wanita mampu untuk membangunkannya namun ia terhad kerana beberapa faktor yang tidak dapat di elakkan. Ini bukan bermaksud ingin merendah-rendahkan kaum wanita, namun ia akan berkait jua dengan lelaki.


Hubungan sosial

muslim family

Masalah sosial yang berlaku dikalangan remaja di negara kita acapkali dikaitkan dengan berkhalwat, zina dan rogol. Hal ini terjadi bermula lelaki. Dalam aspek didikan agama dalam sebuah keluarga bapa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting dalam mendidik anak selain di bantu oleh ibu dirumah. Seorang bapa kepada anaknya dan suami kepada isterinya mempunyai tanggungjawab yang penting dalam segala urusan penting yang melibatkan agama, sosial, nafkah kepada isteri dan anak. Jika bapa kepada anaknya dan suami kepada isterinya tiada ilmu agama yang cukup, sudah tentu rumah tangga yang dibina selepas perkahwinan tidak bertahan lama.

Siapa yang perlu disalahkan dengan kejadian sosial yang semakin teruk berlaku di negara kita? Kita tidak perlu salahkan sesiapa. Tapi yang salah ialah lelaki. Ia tidak dinafikan, kejadian jenayah sosial ini berlaku kerana pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan. Benda asas yang perlu diketahui “pergaulan” tidak akan wujud jika hanya seorang, ia akan wujud jika ada dua orang atau lebih.

Jenayah sosial yang berlaku akibat pakaian wanita itu sendiri yang menarik perhatian lelaki seperti *ketat* disana sini terutama bermula dibahagian bawah dagu sehingga bahagian betisnya. Akibat kejutan budaya yang amat terlampau pada usia yang muda *semasa kecil tidak dididik oleh bapanya dengan ilmu agama yang cukup* maka terjadilah perkara yang tidak elok.


muslim womenPicture credit: damonlynch

Dalam sejarah cinta di alam manusia, pernahkah perempuan mengurat lelaki atas dasar cinta? Jawapannya lelaki yang mengurat wanita. Wanita ini *bukan semua* apabila dia jatuh cinta automatiknya dia mudah cair dengan lelaki. Lelaki minta apa saja dia berikan kerana cintanya pada lelaki *maka disinilah lelaki ini memainkan peranan sebagai perosak*. Inilah perlunya melahirkan lelaki yang berilmu agama yang tinggi *beriman* supaya perkara yang terjadi berlaku disebaliknya. Jika lelaki ini *beriman* dia akan nasihat wanita ini supaya tingkah lakunya dijaga, berubah daripada memakai pakaian ketat segala kepada pakaian yang sopan *baju kurung & bertudung litup – dipin dengan cantik*. Walaupun membawa wanita kejalan kebaikan dianggap susah, namun dia *wanita* akan dengar nasihat yang kita berikan kepada si dia. Sejahil manapun wanita itu ia dapat dinasihat dengan hanya seorang lelaki *beriman*. Hanya lelaki yang tidak *beriman* yang akan merosakkan wanita ini.

Tidak menutup aurat dan berpakaian ketat bukan perkara yang perlu dihina, jika wanita yang kita kenali tidak mengikut apa yang Islam perintahkan kepada umatnya kita sebagai lelaki perlulah bertanggungjawab mendidiknya agar menjadi seorang wanita yang baik dan dipandang tinggi. Janganlah membuat dosa kerana wanita itu jahil agama kita lagi memperalatnya. Di masa inilah lelaki perlu menunaikan tanggungjawabnya kepada wanita. Diciptanya seorang lelaki untuk melindungi bukan untuk merosakkan mereka.

Sabda Rasululluh yang bermaksud:

“Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah, Ibu bapalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi” (Riwayat Muslim)


Pemimpin

Memimpin di dalam apa-apa jua persatuan sekalipun mesti dilaksanakan dengan baik. Perlulah melantik pemimpin yang ingin menerajuai suatu parti politik, gerakan, persatuan atau apa-apa sahaja yang memerlukan kepada kewujudan pemimpin atau ketua ia mestilah dilantik diatas dasar ilmu agama yang tinggi *aspek utama* terdahulu sebelum melihat pada keboleh yang lain. Secara ringkasnya setiap perkara yang ingin dilakukan tidak boleh sama sekali tidak dikaitkan dengan agama, kehidupan dan agama tidak dapat dipisahkan. Jika agama dan aktiviti kehidupan ini di pisahkan dengan agama ia dipanggil Sekular. *Silap langkah lelaki akan menjadi perosak*

Definisi Sekular

Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran, dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan

Kenyataan diatas amat bercanggah dengan agama Islam. Dalam agama Islam meliputi semua aspek kehidupan, ia bukan sahaja aktiviti ritual keagamaan. Contoh yang nyata boleh dilihat ialah suasana politik di Malaysia sekarang ini *kita diperintah oleh kerajaan sekular*. Hal ini terjadi kerana, pelantikan pemimpin *lelaki* tidak dilantik atas dasar agama semata-mata. Mereka ini hanya memperjuangkan bangsa bukannya agama *Disinilah lelaki menjadi perosak pada hampir semua sudut*.

Sebagai renungan:

“Jika amanat disia-siakan, maka tunggulah kehancurannya”. Ada yang bertanya “bagaimana menyia-nyiakannya? Baginda menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya”. (Bukhari)

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

2 thoughts on “Kerosakan yang berlaku di muka Bumi berpunca dari Lelaki?”

  1. Betul, sgt setuju.

    Jadi sebelum lelaki menceca anak dara di luar sana ttg segala hal yang tidak mereka berkenan – tanya diri sendiri dulu, sudahkah dia sebagai lelaki menjalankan tanggungjawap kepasa ibu, isteri, anak perempuan, anak saudara perempuan dan cucu perempuannya…itu tanggungjawap yang asas.

    lepas tu baru berkembang dalam komuniti

Leave a Reply