Kereta Mercedes-Benz RM2 juta sebuah

Sejak kebelakangan ini Syarikat pengeluaran kereta tidak berhenti-henti berlumba mengeluarkan produk kereta terbaru mereka. Ini diikuti syarikat kereta tempatan seperti Proton, Perodua dan tidak juga ketinggalan Mercedes Benz. Namun harga sebuah kereta pada ketiga-tiga syarikat kereta ini amat ketara perbezaannya.

Mercedes Benz telah melancarkan kereta model mewah terbarunya yang diberi nama SLS AMG yang berharga hampir RM2 Juta sebuah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak mereka disini kereta yang berharga RM1,999,999 itu merupakan model yang menampilkan rekaan asli, dibina daripada sumber yang ringan, memberikan ciri-ciri yang dinamik serta lebih kepada pemandu yang bergayakan ranggi.

Kereta model SLS AMG juga menampilkan rekabentuk teknologi yang sukar ditandingi oleh pesaing-pesaing syarikat pengeluaran kereta sport yang lain seperti pintu Gullwing (boleh dibuka keatas) dengan ditawarkan keupayaan enjin berkuasa tinggi 6.3 liter.

Kenderaan ini menggunakan enjin V8 yang dipasangkan pada bahagian tengah dihadapan kereta disertakan pembangunan kuasa kuda 571 hp.

Anggaran penggunaan minyak sekitar 13.2 liter per 100 kilomiter (KM). Ini menyebabkan ia berada setaraf dengan kereta sport yang lain.

p/s: boleh tahan juga kereta ni, macam teringin merasa memandunya.. tapi biarlah hasrat disimpan sahaja 🙂

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

6 thoughts on “Kereta Mercedes-Benz RM2 juta sebuah”

Leave a Reply to Invalid name Cancel reply