Kereta idaman Perodua Viva Elit

Setiap manusia dewasa sudah pasti ingin memiliki sebuah kereta impian mereka tersendiri. Kereta merupakan sebuah kenderaan yang sudah menjadi satu ‘keperluan’ pada zaman ini dan bukan lagi suatu ‘kehendak’. Namun ia akan berubah secara automatik menjadi ‘kehendak’ sekiranya ia sudah melebihi keperluan.

Tidak terkecuali juga saya yang juga mempunyai sebuah kereta idaman daripada produk keluaran Perodua. Yaitu Perodua Viva Elit yang sudah pasti dikenali dengan ‘sporty’ pada reka bentuknya.

Semenjak melangkah ke usia menuju ‘dewasa’ ini tiba-tiba saya mempunyai impian teringin memiliki sebuah kereta. Saya tidak suka pada kereta yang mewah, yang penting sekali sudah tentu menjimatkan minyak šŸ™‚ contoh seperti Viva Elit ini.

Namun ingin membeli sebuah kereta ianya bukan suatu perkara yang mudah. Harga bagi sebuah Viva bermula RM30k hingga RM49k yang sudah pastinya tidak mampu dibeli oleh seorang pelajar jika masih tidak mempunyai pendapatan.

p/s: saya belum test naik kereta ni.. jika anda pernah merasainya sila kongsikan pada bahagian komen dibawah..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

4 thoughts on “Kereta idaman Perodua Viva Elit”

  1. Senang cakap kalau bang nampak ade orang pakai Perodua Viva Elite tu dia orang kayalah. Saya pun tak pasti kalau ‘orang kaya’ tu nak beli kereta yang kecil ini. harga kat luar negara murah? ntahlah bang..

  2. Viva dulu keluarga saya nak beli dah, waktu tu Proton Saga New 1.3 dah pun keluar dan nk dibandingkan dengan spefikasi Viva dengan Saga BLM memang jauh bezanya baik dari segi perfomasi dan harga. Tapi jika nak dibandingkan dengan Viva 1.0 harganya ialah lebih kurang 37k onroad manakala Saga 1.3 37k onroad juga. Nampak sekali perbezaan saiz badan dan enjin adalah jauh sama sekali. Kalau nak beli Viva 660cc tak ada Power Stering tapi murahlah RM26k onroad dan paling dekat Viva 850cc 33k onroad pun tak ada power stering… kemudian beralihlah keluarga saya kepada Saga BLM, harga berpatutan dan saiz yang agak besar juga amat selesa dipandu. Bonet pun besar bang.. Yang Elit pula 46k onroad dengan Saga SE 1.6 40k onroad. Pilihan anda… tapi bagi saya Viva adalah mahal dan harganya tak sama dengan badan kereta itu.. bukan nak kutuk tapi kalau dikurangkan harganya pasti pasarannya meningkat.

    1. Tapi itulah, kalau yg keluarga besar rugi.. sebab tak dapat masukkan banyak barang dalam bonet.. Untuk orang bujang boleh la.. Itulah kalau kurangkan lagi banyak sales punya. Yang heran harga produk perodua di luar negara lebih murah.. Orang kata la.

Leave a Reply