Keperluan kepada hidup responsif

Life and Responsive
Life and Responsive

Kehidupan pasti tidak akan lari daripada unsur-unsur kemanusiaan. Apa yang saya dapati unsur kemanusiaan ini adalah mengandungi sifat emosi manusia tu sendiri seperti gembira, sedih, marah, merajuk, simpati, sayang dan sebagainya.

Mustahil bagi seorang manusia hidupnya tidak memberi responsif atau menerima responsif untuk meneruskan kehidupan seharian. Mungkin ada yang tidak sedar, mengapa kita sukar mencapai kebahagiaan dalam hidup meskipun kita mempunyai kehidupan yang senang yaitu cukup makan, cukup pakai dan sebagainya.

Kalau manusia ni tiada sifat responsif, ia macam patung bernyawa. Ada tapi tak hidup. Ada tapi tak wujud. Ada tapi macam takde.

Zaman sekarang, apabila anak get out dengan family. Sementara tunggu makanan di restoran.. boleh dia layan telefon pintar lebih dari family sendiri. Jika ya pun, berbual lah dengan parent korang.. yang si parents pun tak borang dengan anak mereka sendiri. So ni situasi dan suasana yang pelik secara hakikatnya.

Aku rasalah kan.. Kita ni jiwa dah kering sebab kena panas ni.

Antara contoh mudah yang lain..

Nak tahu sama ada tahap mana responsif kita tinggi or rendah, apabila terserempak dengan anak yatim atau peminta sedekah disisi jalan.. adakah kita buat tak tahu jer atau hulurkan atleast seringgit?

Tu pikir sendiri la keh.

Ada tips sikit..

Antara kunci kebahagiaan..

  • Kesihatan
  • Akal
  • Emosi
  • Jujur menilai diri
  • Bersyukur
  • Menghargai
  • Berterima kasih
  • Kekayaan
  • Masa
  • Redha

Kalau kita tak dapat kumpul mata ganjaran kat atas ni memang teramatlah sukar nak capai nikmat kebahagiaan..

Hidup ni bersifat “More Your Give, More Your Get”..

Antara lain pula.. Mereka yang memberi itu KAYA, menerima itu MISKIN.

 

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply