Kepahitan & Kemanisan, Tanggungjawab & Risiko

Satu. Setiap detik bermula.

Dua. Setiap langkah kehadapan.

Tiga. Setiap harapan bermula.

Noktah.

Inilah aku manusia kerdil yang dihimpit lautan manusia. Masing-masing membuat hal sendiri.

Aku. Adalah aku.

Engkau. Adalah Engkau.

Kita adalah sama, yang membezakan kita cuma amalan sahaja.

Aku adalah seorang Lelaki.

Engkau seorang Perempuan.

Diwaktu sekolah dahulu kita tidak banyak berinteraksi. Namun (dalam diam) dari jauh aku memahami apa yang Engkau minati. Apa yang kau minat aku tahu.

Setelah sekian lama Aku dan Engkau tidak bersua. 5 Tahun lamanya. Dalam diam Aku sentiasa ber’usaha’ untuk menjejaki Kau.

Alhamdulillah..

Akhir tahun lepas tidak diduga kita bersua kembali.

Ya. Diantara kau dan aku serta sahabat yang menemaniku sentiasa.

Pada permulaan pertemuan, rupa Engkau tidak banyak berubah serta Habit kau yang suka berCinta masih ada sejak kita dibangku sekolah lagi.

Aku Gembira. Ya..

Aku Gembira. Kerana..

Allah SWT temukan kembali. Moga..

Persahabatan kita di-Redhai Allah SWT. Harapnya.. Ya.. Sangat berharap.

Masa berjalan begitu pantas dan Kau menyambung pelajaran di Universiti Malaya (Sport Science) serta masih bergiat aktif dalam Taekwondo. Alhamdulillah diucapkan. Kerana kau telah mendahului Aku yang masih terkial-kial dalam Diploma.

Namun ‘Degree’ & ‘Diploma’ bukan subjek utama dalam hal ini. Kerana..

Ini hanyalah sebuah perkataan yang bernilai di alam duniawi sahaja.

Masa berjalan begitu pantas. Kau mula berjinak dengan facebook. Kata kau.. “Kau mahu stay update dengan event di UM”. Aku percaya sehingga hari ini. Dan..

Tiada lagi dunia Myspace dalam kotak minda kau.

Noktah.

Masa berjalan begitu pantas sehingga sampai bulan Jun. Sejak akhir-akhir ini Kau kerap aktif diSANA.

Aku ingin meminta maaf andai kata aku akan terKasar bahasa.

Hampir 80% Status facebook kau berkenaan peribadi. Kau banyak mendedahkan ‘privasi’ kau di facebook. Dan..

Sampai satu tahap aku ada menegur Kau ‘Straight to the point’ tiada tapis menapis. Namun..

Masa ini kau diam sahaja tiada apa-apa riaksi. Aku tak tahu sama ada Kau marah padaku atau sebaliknya. Sehinggakan..

Sampai satu tahap Aku menegur Kau, sehingga Kau marah pada Aku balik. Ini semua berlaku tanpa diduga. Dalam diam..

Hati aku terguris dengan kata-kata Kau yang Pedas dan diselitkan beberapa ayat yang kurang keenakkan. Ya..

Sehingga kini aku masih merasakan gurisan itu. Namun Aku masih tidak berPutus asa. Kerana..

‘Putus asa’ tiada dalam Prinsip hidup Aku. Apatah lagi untuk terus menasihati Kau. Andai kau tahu..

Aku takut, setiap kali aku masuk facebook, hati aku tidak tenang. Kerana sebahagian komentor kawan-kawan kau. Ada diselitkan..

Unsur-unsur ‘Mukaddimah’ yang menjurus kepada Zina hati. Tambah-tambah lagi..

Komentor tersebut, di bawah gambar Kau secara ‘SOLO’. Kenapa dan mengapa…?

Kau melayan komen sedemikian. Kau ada beritahu yang Kau ingin berubah, dan aku hadir untuk membimbing Kau. Namun..

Tiada reaksi positif dari Kau.

Kau tahu Hukum..

Kau tahu Halal Haram..

Orang yang menidakkan tentang agama namanya ‘Munafik’ (aku yakin kau tahu). Sehinggakan..

Sampai suatu tahap Aku terasa ingin deleted Kau dari friendlist aku. Kerana.. aku tidak sanggup berhadapan aktiviti tiada manfaat dari Kau.

Kau. Perempuan. Ingatlah Perempuan paling ramai masuk Neraka berbanding Lelaki.

Mungkin kau terlupa. Setiap dari kita yang sudah ‘baligh’ dosa sendiri tanggung.

Tapi.. tolonglah hanya satu yang aku mahu. Tolong jaga diri kau di Internet. Tolong la.

Jangan kau biarkan ‘Pujian’ lelaki bukan Mahram dipenuhi pada gambar Kau. Hukumnya haram.

Sesungguhnya aku tidak sanggup biarkan gambar ‘Solo’ Kau ditatapi lelaki yang tidak kenal Asal Usulnya.

Aku sangat kenal kau.. Tolonglah jadi diri Kau yang dulu.. dipenuhi sifat Pemalu yang tinggi..

Kau daripada keturunan yang baik. Tolonglah.. Kalau kau masih begini Kelak anak-anak yang bakal lahir daripada rahim Kau..

Akan ikut seperti mana zaman Kau muda-muda sekarang.. Kau kena fikir jauh..

Aku tidak berniat nak menyekat kebebasan atau mengongkong.. tapi.. silalah faham..

Biarlah kau tidak pernah ingin memahami perasaan aku, tapi hanya satu yang Aku pinta.. Tolong jaga harga diri..

Jangan sampai tahap aku tawar hati.. dan membiarkan Kau hadapi sendirian malah tanpa sedar Kau banyak do alot bad things..

1 thing you must know. Dalam entri ini tidak berniat untuk memburukkan diri Kau. Aku ingin Kau menjadi Perempuan yang baik. Tiada sebarang niat untuk merendah-rendahkan.

Aku tak mampu tegur kau secara terus, takut terkasar dan Emosional. Harap kau faham.

Terima kasih lah.

“Hanya menegur kerana Allah SWT”

[credit pic]

Nota: kisah cinta dipospon lagi next post kot. Sorry eh.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

4 thoughts on “Kepahitan & Kemanisan, Tanggungjawab & Risiko”

  1. Dulu mekar cinta ditabur,
    Dibalas ayat penuh hampa,
    Kini merekah hati berterabur,
    Luka dihati dihuni duka,
    Bagaikan maruah telah dilangar,
    Cinta yang kononya berharga.

Leave a Reply