Kenalan merimaskan? Selesaikan dengan cara baik

Sebagai seorang student di sebuah Kolej mahupun di Universiti. Sudah tentu kita akan bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Daripada perangai jenis A hingga jenis Z. Macam-macam ada, dan disinilah bermulanya era menimba pengalaman berdikari dan sebagainya.

Tidak kurang juga classmate di kelas saya, perangai memang lain dari yang lain. Ada yang gelak tak ingat dunia, ada yang pendiam. Pendiam sangat. Ada yang suka merokok dan ada yang tidak. Ada yang berpakaian macam artis dan ada yang selekeh. Ada yang cakap sangat sopan dan ada yang cakap lepas, boleh dikatakan mulut laser. Boleh dikatakan ‘All In One’. Macam-macam Ado!

Ok. Apa yang saya mahu tekankan di sini. Apabila kita berkawan dengan seseorang, tidak kiralah dengan Perempuan mahupun Lelaki. Apabila ada seseorang yang boleh dikatakan agak ‘merimaskan’. Atau agak ‘poyo’ atau ‘skema’. Mungkin dia sering nak bertegur siapa. Tak kiralah.. apa-apa pun keadaan atau situasinya. Elakkan bertindak mengikut emosi kita. Kalau kita Tak Puas Hati atau Geram dengan gelagat dia. Nasihat saya sila gunakan saluran yang betul dan berkesan.

Apa yang perlu dilakukan, selesaikan masalah ini dengan cara yang sepatutnya. Cara yang baik. Kalau boleh, elakkan daripada mengata belakang dia, meluahkan perasaan di mana-mana laman web (facebook). Ini adalah langkah kurang bijak. Kerana kita terikut dengan Emosi semasa kita dan ada sikit-sikit hasutan ‘negative power’ dalam badan kita. Jadi hasilnya, ia tidak membawa kita ke jalan penyelesaian yang sepatutnya.

Ok. Cara yang terbaiknya adalah. Ambil masa kita. Bersemuka dengannya lalu bertanyakan soalan. “Mengapa??” dan “Kenapa??”. Melalui kaedah ini, akan berlaku komunikasi dan cara menyelesaikan masalah dengan cara yang Sihat. Dan Islam menggalakkan kaedah ini. Jadi tiada salahnya menggunakan kaedah ini, dan insya’Allah kita akan menemui jawapannya kepada persoalan tadi. Elakkan dengan tindakan dan spekulasi yang melulu. Kelak kita juga yang akan menyesal diatas perbuatan kita sendiri. Maka sentiasa berwaspadalah kita pada setiap tindakan di masa-masa akan datang.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

2 thoughts on “Kenalan merimaskan? Selesaikan dengan cara baik”

Leave a Reply