Kelebihan memiliki website sendiri selain facebook

Pada zaman sekarang ni setiap daripada kita pasti akan mempunyai akaun facebook terutama bagi mereka yang melakukan perniagaan. Akaun facebook ini sebagai saluran alternatif atau saluran penyokong dalam sesuatu aktiviti perniagaan yang kita jalankan sama ada secara online atau offline. Offline biasa dikenali sebagai fizikal manakala, online dikenali sebagai digital. Secara umumnya halaman sosial seperti facebook berfungsi sebagai medium utama masa kini bagi menyebarkan maklumat dengan sekelip mata sahaja. Manakala yang kedua popular adalah medium twitter. Namun apa yang saya mahu kongsikan disini perlunya memiliki website sendiri selain menggunakan ‘pengharapan’ facebook.

Facebook | Website

Mengikut sejarah laman sosial sebelum kemunculan facebook terdapat halaman sosial yang lain pernah wujud di arena internet dan namanya sudah pasti tidak asing lagi bagi mereka yang sudah lama mengenali dunia internet iaitu MySpace dan Friendster. Suatu ketika dahulu MySpace dan Friendster pernah menguasi medium sosial dan menerima impak yang sangat tinggi kepada pengguna internet, namun kini hanya tinggal sejarah. Tidak mustahil suatu masa nanti facebook juga akan mengalami situasi yang sama seperti rakan sebelumnya MySpace dan Friendster. Saya disini ingin mengajak anda supaya sediakan payung sebelum hujan.

Facebook | Website

Jika anda ketahui, medium seperti website dan google adalah seperti isi dan kuku mereka tidak dapat terpisah. Kebanyakkan laman web hari ini yang terkenal kerana bantuan enjin carian Google pada masa kini. Google merupakan syarikat antarabangsa yang sentiasa membuat perubahan bagi mengekalkan kedudukannya sebagai enjin carian nombor satu dunia selain Bing dari Microsoft dan Yahoo!. Kedudukan teknologi hari ini semakin berkembang pesat dan akan terus berkembang dengan inovasi yang sentiasa segar dari pembangun-pembangun teknologi iaitu kita.

Facebook | Website

Antara platfom dan asas kepada website yang terkenal hari ini merupakan wordpress. WordPress pada asalnya dicipta untuk mereka yang gemar menulis dan menjadikan ia sebagai medium utama untuk berkongsi sesuatu melalui medium penulisan secara digital. Namun setelah sekian lama, wordpress tidak terhad pada medium penulisan sahaja malah ia mampu berdiri dan berfungsi sebagai website, webportal yang berdiri megah seperti website syarikat. WordPress antara asas website yang sangat mesra pengguna kerana mempunyai plug-in dan theme yang mampu wujudkan penjenamaan yang sangat gah sehingga kini selain rakan-rakannya yang lain seperti Joomla dan Drupal. Dengan kelebihan yang ada ini, ia menjadi begitu mudah bagi seseorang untuk mempelajari platform ini dan menggunakannya. Secara peribadi, selama menggunakan wordpress dan joomla ternyata wordpress lebih baik dan ringkas dari segi keselamatan dan kemesraannya dengan pengguna serta enjin carian google dengan plug-in SEO (Search Engine Optimize).

About Nik Hamizan Hazwan

Howdy people! Call Me Hazwan. Follow me on https://twitter.com/nikmhazwan
This entry was posted in Teknologi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply